Thursday, December 23, 2021

Ke mana harga emas akan menuju diakhir tahun 2021 (27 hingga 31 Disember 2021)

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN


Bagaimanakah harga emas bergerak pada minggu akhir tahun 2021 pada tanggal 27 hingga 31 Disember 2021 ya teman-teman?

Pada 24 Disember 2021, Tok membuat sedikit pengubahsuaian mapping carta gold apabila Tok dapati bahawa berlakunya reject harga support yang lebih rendah dari line mid-BB 1782 selama 3 hari iaitu pada 21, 22 dan 23 Disember 2021.

Berdasarkan carta Tok kotakkan lokasi harga reject bagi 2 posisi berbeza di posisi 1756 sebelum ini berlaku kembali pada posisi 1782 untuk Mid BB. 


Pada pandangan Tok, lokasi baru yang lebih tinggi sekitar 1826 hingga 1835 ingin dicapai oleh gold sebelum melakukan penurunan yang mendadak. 

So, bagi pembentukan Head & Shoulder Tok cadangkan kita pilihlah shoulder yang teratas dengan gelaran Shoulder Upper disebabkan pembetukan line Zig Zag yang terlakar belum lengkap sepenuhnya. 

Justeru, untuk kesinambungan mapping trading gold di atas, Tok masih mengekalkan maklumat pilihan posisi buy hingga akhir tahun.

Mapping Trading Gold 21- 31 Disember 2021.
Uptrend Patern sepanjang 14 hari.
Analisa Teknikal : STO
Target : Bullish Buy✅Strong Buy❎
Posisi max buy:1826 if xTra bonus
Bilangan CS tukar patern : 11 hingga 14 CS
Trading Form: Long Term 3 week.
Time Frame: D1
Date: 15 hingga 31/12/2021

Rabu 15/12/2021 01 CS /14 hari✅⬆
(4.00 pagi Follow Up tiada kenaikan kadar faedah FED dan program tapering agresif US)
Khamis 16/12/2021 02 CS /14 hari✅⬆
Jumaat 17/12/2021 03 CS/14 hari❎⬇
Isnin 20/12/2021 04 CS/14 hari❎⬇
Selasa 21/12/2021 05 CS/14 hari❎⬇

Rabu 22/12/2021 06 CS/14 hari✅⬆
(Follow Up data Consumer Confidance US)

















Khamis 23/12/2021 07 CS/14 hari
(Target posisi 1813)✅⬆
Posisi 1810/1813

















Jumaat 24/12/2021 Cuti Krismis













Sabtu 25/12/2021 cuti Krismis
27/12/2021 08 CS/14 hari
28/12/2021 09 CS/14 hari
29/12/2021 10 CS/14 hari
30/12/2021 11 CS/14 hari
31/12/2021 12 CS/14 hari



Friday, April 14, 2017

KAEDAH MENGGUNAKAN TEKNIK 5T UNTUK MEMBEBASKAN EMAS TERSANGKUT DALAM PAJAKAN.ENDITA EMAS?

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

10:28pm
22 Disember 2011

Posting kali ini berkenaan teknik 5T yang sesuai untuk menyelesaikan masalah hutang dalam arrahnu tanpa menjual emas milik kita. Matlamatnya :

  • Stok emas terus menjadi milik kita
  • Penebusan memakan masa lama sambil meminimakan kos pajakan
  • Boleh buat overlap berulangkali tanpa mengeluarkan emas pajakan walau sesen pun.

1. Take note - Buat catatan dan kiraan setiap masa
  • Ingat tarikh tamat pajakan untuk membolehkan kita bertindak memanjangkan pajakan. Kita kena susun jadual sebagai berikut, hampir tamat 6 bulan, buat bayaran minima sekurang-kurangnya upah simpan untuk dipanjangkan sehingga 3 bulan lagi dan lanjutkan lagi 2 bulan jika arrahnu menggunakan sistem 6+3+2 (tempoh 11 bulan untuk membolehkan emas kita duduk dalam penjara masih kekal milik diri kita).
  • Cukup 11 bulan jika mahu meneruskannya, kita  buat overlap bergantung kepada kenaikan harga emas yang mendadak , jika harga jangkaan naik sehingga RM20 segram anda boleh mendapat ekstra pinjaman dan ekstra pinjaman bolehlah digunakan untuk membayar surat pajak yang lain terutamanya surat pajak yang mempunyai pinjaman yang kecil sebagai usaha mengecilkan jumlah pinjaman surat berkenaan.
  • Melakar teknik-teknik melepaskan emas dari pajakan
  • Buat unjuran tempoh pajakan dari 6 bulan menjadi 9 bulan dan menjadi 11 bulan dan hingga bertahun lamanya selagi pajakan berterusan.
  • Terbaik sediakan akaun T atau untung rugi

2. Trust (Percaya pada tindakan diri sendiri)
  • Ada ketetapan misi dan visi dalam pelaburan emas, mahu tambah stok fizikal atau setakat cukup apa yang ada itu pilihan masing-masing.
  • Usah pedulikan apa kecaman orang lain kerana mereka yang melihat tidak tahu apa tenik pajakan anda. Anda buat anda dapat.
  • Sentiasa yakin kepada diri sendiri, kekal perasaan intuinsi bahawa harga emas tetap akan naik setiap tahun melebihi 20%  berbanding nilai wang fiat
  • Contohnya, jika USD naik, Emas drop, nilai emas dalam Malaysia tetap naik kenapa? Hal ini disebabkan nilai RM tetap susut. Saya jangkakan tahun 2016 nilai RM akan menyusut dari RM3.20 sekitar RM4.50.
  • Tidak mudah panik jika sentimen pasaran antarabangsa berterusan merudum. Main dua benda iaitu saham emas dan emas fizikal. Bila saham emas jatuh relatifnya dolar naik, maka siapa yang ada wang fiat belilah emas fizikal dalam situasi ini. Jika harga saham emas naik relatifnya harga dolar jatuh tetapi Ringgit Malaysia naik masa sesuai menjual emas domestik.
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Percaya segala langkah diambil secara tertib, misi akan berjaya

3. Transform (Buat perubahan pada surat pajak)
  • Tambah tempoh pajakan dari 6 tambah 3 bulan dan 2 bulan (11 bulan)
  • Buat perubahan kepada surat pajak setiap 3 bulan samada buat bayaran 10% atau buat bayaran minima dari nilai pajak (ini akan menjarakkan tempoh pajakan iaitu 3 bulan + 6bulan +2 bulan (langkah ini merugikan) perubahan nilai pajakan semasa berkurang
  • Buat bayaran 10% setiap peringkat tebusan selepas selesai pusingan pajakan 6+3+2 bulan dengan baki tebusan menjadi nilai pinjaman terbaru contoh 9 bulan pertama tamat , bayar pinjaman 500 atas kadar pinjaman 5000, buat overlap untuk lanjutkan 9 bulan lagi dengan 10%(RM450) dpd 4500, sambung lagi 9 bulan dan bayar 10%(400) dpd RM4000 sehingga habis tebusan. Lihat emas anda dalam tangan anda selepas tebusan anda lalui selama
  • Pendita Emas yakin bahawa satu masa nanti pasti akan ada kedai pajak akan meningkatkan tempoh pajakan kita dari 6+3+2 kepada 6+6+6+6+6+6+6+6 dan komitmen pinjaman akan diubah dari sekadar 60%, up lagi 75%, up lagi 80% dan maksima 85%. Di sini jangan pilih komitmen 85% kerana jika anda ambil dengan sendirinya anda telag menggadaikan emas anda sepenuhnya.

  1. RM5000 -bayar RM500 selepas 9 bulan
  2. RM4500 -bayar RM450 selepas 9 bulan
  3. RM4050 -bayar RM405 selepas 9 bulan
  4. RM3645 -bayar RM364.50 selepas 9 bulan
  5. RM3280.50 - bayar RM328.05 selepas 9 bulan
  • Cukup setakat 5 kali overlap dengan bayaran 10%, anda telah menjadikan emas anda berada dalam tangan selama 45 bulan =3 tahun 9 bulan. Bagaimana kalau kita menbayar setiap 9 bulan dengan bayaran minima 20%, 30%, 40% dan 50%.

4. Transaction (Mengubah nama pemilik surat pajak kepada nama suami/isteri/ibu/bapa/anak)

Pindah milik surat pajak dalam kalangan saudara mara jika terkena masa harga pada paras tinggi tidak perlu keluar sesenpun sebab overlap tolong bayarkan.

Tetapi mahu kurangkan tekanan membayar upah simpan, buatlah teknik ubah surat pajakan kepada waris yang sah sahaja.


5. Terminate(Ganti akaun lama dengan akaun baru)

Tutup akaun lama dengan akaun pinjaman baru melalui pinjaman wang dengan saudara mara atau rakan-rakan. Pajak semula dan hasil pajakan kembalikan kepada rakan yang meminjamkan wang.