Friday, August 3, 2012

Bagaimanakah cara pengurusan trading gold dan saham FGVH?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mentee Pendita Emas,

Hari ini Pendita Emas hanya mahu melontar pandangan berkenaan perbezaan antara "trading gold" dan saham FGVH.

Harga saham FGVH



Harga saham FGVH ditutup rendah pada minggu ini apabila mula didagangkan pada 30 Julai 2012 pada paras RM5.15 menyusut sebanyak RM0.10 (1.94%) kepada RM5.05.

Ini menandakan kenaikan selepas pengapungan dari nilai RM4.55, melonjak ke paras RM5.47 dan ditutup pada paras RM5.30 pada hari pertama dianggap  membawa petanda positif apabila harga saham terus naik tinggi mencecah paras RM5.50.

Kini nilai saham sudah menjadi sebaliknya apabila  nilai sesaham mulai mengelonsor setapak demi setapak  dari paras RM5.15 (27 Julai 2012) dan berterusan menyusut ke paras RM5.05(3 Ogos 2012).

Persoalannya adakah nilai saham FGVH di paras atas RM5.00 akan dapat dipertahankan. Ini disebabkan harga terendah sudah menyentuh paras RM4.99 (margin keuntungan tinggal RM0.44 sesaham) dan seterusnya berkenaan harga border nilai sesaham RM4.50 dianggap tidak jauh untuk disentuh.

Bayangkan jika seminggu boleh menyusut RM0.10 pasti menjelang  minggu-minggu pertengahan September atau lebih tepat tanggal menjelang 16 September 2012 menjadi titik peralihan nilai saham FGVH yang baru.

Itu jika menyusut RM0.10 sesaham, bagaimana jika menyusut lebih RM0.20 atau RM0.30 menjelang minggu-minggu raya puasa (minggu depan dan seterusnya). Tentu sadis jadinya. Apa-apapun diharapkan harga saham FGVH akan suksess hendaknya membuat pusingan profit diharapkan..

Jika pihak pengurusan mengatakan keuntungan akan datang berlipat kali ganda dalam nilaian dividen yang akan diterima mengapa tidak memegang saham berkenaan untuk jangkamasa lama.

Mengapa dan mengapa harga saham FGVH menjunam? Sebenarnya kita tidak didedahkan dengan indikator-indikator massa yang bersangkutan dalam  mempengaruhi pergerakan harga sesuatu  saham di Malaysia. Kita hanya diberi digambarkan tentang pulangan wang dan dividen sahaja.

Menggunakan data di atas, yang  kita dapat lihat ke atas perubahan saham FGVH  berdasarkan volume sell (111,000) lebih kecil dari volume buy (972,500). Ini menunjukkan penawaran saham FGVH sudah melebihi permintaan. Biasalah tingkahlaku ini berlaku disebabkan oleh pergerakan harga menurun dan aktiviti  pengambilan untung sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Jangan risau  genap setahun (bulan Jun 2013), sekian nilai dividen yang diterima bakal diumumkan. Ya pelabur kita bangga kerana kita menjadi bos, manakala  FGVH adalah pekerja kita kerana kita sendiri tidak suka ambil tahu akan hak sebagai pelabur.

Persoalannya adakah kestabilan negara dari segi politik, imbangan pembayaran,  kekukuhan polisi moniteri, kadar faedah negara, KDNK, inflasi, kadar pengganguran serta nilai import dan eksport serta keadaan iklim ekonomi dalaman dan  global diambil kira kitapun tidak tahu kerana minyak sawit adalah hak mutlak Felda dan Malaysia.

Ini bermakna bila saham dijana menggunakan dana dalaman tanpa adanya penglibatan spekulator, saham ini dianggap selamat tetapi untuk jangkamasa berapa tahun akan bertahan. Sistem demokrasi negara kita menetapkan kerajaan memerintah untuk tempoh 5 tahun, ya lima tahun selepas lima tahun akan ada pilihanraya lagi.

Begitu juga halnya dengan ekonomi, ia tidak terangsang untuk tempoh yang panjang. Sampai satu pusingan ia akan tepu juga, Pada masa itu maka satu prospek akan dicari untuk menambah nilai dividen setiap saham.

Penilaian saham: Pasif dan statik (pelabur kecil umpama anak burung yang hanya menunggu untuk disuap (hanya tahu genap setahun dividen diterima)


Emas Fizikal




Harga emas semasa terlalu mudah untuk diikuti dan dibuat penilaian. Banyak platform forex yang boleh diguna pakai. Platform forex sahaja kita boleh mendapatkannya lebih daripada 400 platform trading.

Menggunakan platform forex bukan bermakna kita masuk dan menyertai trading forex berkenaan  tetapi kita hanya menggunakannya sebagai panduan untuk kita  menentukan harga emas fizikal yang ingin kita beli secara harian sebagai stok modal melalui syarikat kartel komoditi emas di Malaysia.

Seterusnya barang siap boleh kita dagangkan mengikut nilai pasaran sebenar setelah semua kos diambil kira. Bermakna kita akan menjual emas fizikal di Malaysia mengikut syariat Islam tanpa tokok tambah dengan kemasukan upah simpan.

Trading gold, terlalu banyak sumber atau indikator yang boleh kita gunakan dalam membuat penilaian harga semasa komoditi berkenaan. Ia boleh diperolehi melalui soalan 4W dan 1H untuk mendedahkan kepada kita tentang apa, bila, siapa, mengapa dan bagaimana faktor analisis teknikal dan fundamental mempengaruhi harga komoditi emas.

laporan-laporan dan nota-nota sokongan dari pelbagai pakar trading gold atau forex dunia juga sangat membantu menentukan harga emas semasa.

Penilaian saham : Dinamik dan agresif (Semua pelabur bebas menentukan profit yang boleh diperolehi setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun)
Kesimpulan; Ulasan ini hanya untuk percambahan minda tentang ilmu pelaburan saham yang perlu dimiliki seterusnya mengelakkan diri kita dalam kerugian.

Tambahan Info
Klik 1
klik 2















No comments: