Thursday, July 24, 2014

25 Julai 2014 : Harga emas bakal merudum selama 7 minggu lagi bermula 28 Julai 2014

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat mantee,

Pada hari ini jam 1.23am, 25 Julai 2014, waktu di Pasir Gudang, Johor,  Malaysia, Pendita Emas ingin melontarkan pendapat terhadap harga emas masa depan semasa dunia.

Berdasarkan pemerhatian Pendita Emas secara analisis teknikal mendapati graf harga emas mengikut zon masa bulanan masih berada pada kedudukan bearish. Ini bermakna sepanjang bulan Ogos 2014 harga emas dalam purata USD1235 dan pada awal September 2014 sekitar USD1087.00. Hal ini dicadangkan akan mengambil masa selama 4 hingga 7 minggu menuju berakhirnya urusniaga suku ke-3.

Kenaikan harga emas pada Oktober  2014 bakal membuat lonjakan mendadak jika Parabolik SAR ditutup oleh candlestick pada sekitar paras USD1342.


Faktor-faktor kenaikan harga emas melalui analisis fundamental :

Propaganda Kenaikan Harga Emas.

Ramai pakar pelabur emas melaungkan kenaikan harga emas dalam masa terdekat. Tingkah laku pakar-pakar pelaburan masa kini menunjukkan mereka terlalu terdesak apabila hasil tindakan mereka sejak September 2011 memindahkan keuntungan hasil pegangan emas kepada pembelian saham mewah dan sebagainya mengalami kerugian yang besar. Laungan kenaikan harga emas adalah satu tindakan untuk melihat harga emas pada posisi menjunam dapat diperlahankan pergerakannya.

Penglibatan Jutawan George Soros dalam pelaburan emas

Pergerakan George Soros dalam sesuatu lapangan pelaburan secara mudah menjadi  bench mark kepada mana-mana pelabur berstatus genuine. Ketika ini dikhabarkan George Soros telah menyertai sektor emas samada saham syarikat emas fizikal . USD120,711,000.00 adalah nilai saham Barrick Gold Corp. (NYSE: ABX) ...


Pergolakan Geopolitik yang mengembang

Harga minyak bakal melonjak apabila masalah geopolitik sekitar negara Syria, Iraq, Palestin, Ukraine dan Russia makin berkembang dan tiada penyelesaiannya. Pergolakan dalaman menjejaskan pengeluaran minyak dunia seterusnya bakal melonjakkan harga minyak dunia.

Ekonomi dunia mengalami ketidaktentuan

Diukur dengan pendapatan isi rumah dengan kuasa beli. Keduanya diukur nilai pendapatan isi rumah ditolak dengan cukai, bayaran kemudahan-kemudahan lain seperti insuran hayat, perubatan dan keselamatan. Ini bermakna semakin besar bayaran-bayaran lain dikenakan bermakna semakin bermasalah ekonomi sesebuah keluarga.

Kelembapan Ekonomi Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan negara yang dijadikan rujukan dan kebergantungan oleh kebanyakan negara dari segi perkembangan ekonomi. IMF telah membuat laporan bahawa Amerika mengalami kelembapan dengan sasaran pertumbuhan 1.7% sahaja selepas suku tahun pertama. Hal ini dapat dijelaskan oleh berita berikut.

Inflasi mula berkembang dikebanyakan negara di dunia.




No comments: