Wednesday, December 31, 2014

PERLUKAH PENDITA EMAS MEMBUKA SEMULA KELAS ANALISIS TEKNIKAL DAN FUNDAMENTAL GOLD TAHUN 2015?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Sudah lama gelanggang ini tidak menyampaikan info-info terkini berkaitan pergerakan harga emas semasa dunia.

Ia terus sepi selepas pergerakan harga emas membentuk parabolic kemudian menjunam -USD400.00 pada akhir November 2012 harga emas berterusan mengekalkan pada paras rendah sehingga tenggelam ke paras bawah USD1200.

Kembali kepada tajuk di atas nampaknya ramai permintaan newbie untuk berguru dengan Pendita Emas dalam memperkasakan trading masing-masing. Tahun 2015 telah dirancang sebagai tahun mengaut keuntungan dalam trading gold.

Hal ini disebabkan jangkaan Pendita Emas mensasarkan harga berada pada posisi terbaik untuk kita lock. Kemudian menuju pertengahan tahun dan tiga suku tahun merupakan puncak kenaikan harga  dan ditutup dengan harga kembali rendah.

Jika ada yang berminat, penyusunan jadual jelajah analisis teknikal dan fundamental akan disusun kembali dengan setiap kelas akan dijalankan pada hari Jumaat malam Sabtu.

Sejarah kelas terdahulu:
http://penditaemas999.blogspot.com/2012/08/koleksi-aktiviti-bergambar-seminar-dan.html

No comments: