Saturday, June 25, 2016

Brexit - Britain keluar dari kesatuan Eropah apa kesannya pada harga emas

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam semua teman,

Lama sudah kita menyepi. Rasa mantul dan tepu pulak mental kita sejak kejatuhan harga emas yang berlanjutan dari bulan September 2011 setinggi USD1923/aun sehinggalah ke paras USD107xxx/aun sehingga penghujung tahun 2015.



Alhamdulillah, harga emas bersinar kembali apabila melepasi USD1200 mulai Januari 2016  dan sehingga kini 26/62016 harganya telah menokok pada paras pembetulan harga USD1315 selepas melonjak ke paras USD1365/aun  dalam masa 3 jam selepas keputusan Britain mengundi keluar daru Kesatuan Eropah dengan keputusan 52% pada 23 Jun 2016.





Kesan yang nyata, dunia kewangan dan ekonomi kembali bergolak dan huru-hara seperti apa yang berlaku pada tahun 1987. Antaranya saham utama dunia jatuh sehingga 600 mata seperti yang dialami oleh Indek Dow Jones dan lain-lain indeks,




Perkhabaran yang bertambah menarik termasuklah Kesatuan Eropah diambang kehancuran apabila beberapa negara mahu tumpang sekali dengan sejarah yang ditempa oleh Britain.

Antaranya Greece yang telah menyuarakan hasrat untuk keluar EU pada tahun 2012, sudah pasti suara rakyatnya akan kembali memuncak untuk keluar dari EU. Bacalah Greek akan keluar EU

Portal Daily Mail melaporkan, bahana ‘euroscepticisme’ atau penolakan terhadap EU semakin dirasai di Sweden, Republik Czech, Perancis, Denmark, Itali, Belanda, Austria, Greece, Sepanyol, Poland, Hungary serta Ireland. Sumber Utusan Malaysia.

Kesimpulan, isu Brexit yang memilih keluar dari EU memberi lonjakan dan ramalan harga yang sangat mengujakan kepada orang yang sukakan emas disebabkan emas akan menjadi perumah yang menjana keuntungan dalam jangka masa panjang. Sasaran terkini harga emas akan melepasi USD1400 adalah satu pilihan baru dalam masa 2 minggu draipada sekarang apabila gelombang pembelian panik ke atas emas kembali semula.

Sebagai rekod harga emas di Malaysia pada 26 Jun 2016 selepas berlakunya harga pembetulan dan nilai RM adalah seperti berikut:



No comments: