Friday, April 14, 2017

Menggunakan Emas Sebagai Wang Belanja Bulanan

Salam semuanya,

Jika artikal semalam, saya membicarakan bagaimana saya membuat pajakan sebanyak 6 pc bargold 20g 999 selama enam bulan dan akan memakan semua hasil simpanan wang pajakan dan sebahagian wang gaji dengan lebihan RM6000+++, pada hari ini pula saya akan membicarakan bagaimana pula pajakan selama setahun menghasilkan lebihan pendapatan dapat ditunjukkan dalam ilustari berikut:

Nilai emas semasa bar gold 20g 999pada 7 Ogos 2010=RM2800/unit

Nilai segram=RM2800/20g=RM140/g

Nilai segram di pajak gadai =RM144.00

Nilai Marhum seketul emas 20g = RM144 x 20g=RM2880.00

65% daripada nilai marhum=RM1872.00

Nilai pajakan diterima kita genapkan =RM1800.00 setiap bulan

Guna wang=RM9600.00 setahun

Simpan =RM12000 setahun

Gaji=RM24,000.00 setahun

Upah Simpan =RM780 setahun

Jumlah Simpanan =RM36,000.00 setahun

Semua Kos Pajakan=RM22380.00 setahun

Baki Gaji Tahun 2010=RM14,400.00

#Semakin kita berjimat semakin meningkat tabungan. Ilustrasi ini hanya cadangan saya sahaja. Anda berhak untuk memanipulasi ilustrasi mengikut kesesuaian dan kekuatan sumber kewangan masing-masing. Saya tegaskan di sini bahawa pajakan dan tebusan memerlukan sokongan kewangan dari luar untuk tujuan membebas emas atau dinar emas yang terpenjara dalam kedai pajak gadai. Jika tidak mampu menebus dalam tempoh enam bulan anda boleh buat penilaian semula nilai tebusaan dengan harga emas semasa dan minta tempoh lanjutan tarikh pajakan dengan syarat anda kena membayar dahulu kos upah yang ditetapkan oleh pajak gadai. Saya mengesyorkan anda memajak di pajak gadai islam ar-rahnu kerana nilai upah 0.7% sebulan manakala orang cina kenakan kadar upah 2% dan jika mahu menebus awal penalti bayaran sebulan ke hadapan dikenakan. Untuk pajakan ar-rahnu, tempoh sebulan dikira lepas 15 hari daripada tarikh pajakan dilakukan.








Ringkasan
Anda menggunakan 6 ketul emas 20g secara pajak dan tebus dalam setahun. Nilai pajakan diterima ialah RM21600.00 dan upah dikenakan RM780.00. Ini bermakna kos kena bayar untuk penebusan ialah RM22380.00. Jumlah wang tunai RM36000 dari simpanan wang pajakan dan gaji masing-masing menyumbang RM12000 dan RM2400.00. Setelah ditolak RM36000-RM21600 gaji anda berbaki RM14,400.00. Hasil tunai akan bertambah jika anda dapat meminimakan belanja bulanan. Kesimpulannya ilustrasi sebelum ini adalah sama perjalanannya.
@Selamat Mencuba dan Berjaya...azroyum

No comments: