Saturday, May 5, 2012

BENARKAH HARGA EMAS BAKAL MENGUJI HARGA SUPPORT USD1500 mulai 7 Mei 2012?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee,

Pada hari ini Pendita Emas ingin membicarakan hal pergerakan harga emas semasa pada minggu-minggu akan datang bermula pada minggu bertarikh 7 Mei hingga 11 Mei 2012.

Beberapa perkara fudamental semasa ekonomi minggu hadapan mempengaruhi permintaan emas dunia.

Hasil survey Kitco

Hasil survey kitco untuk harga emas sepanjang minggu hadapan sebagai berikut:

Faktor kejatuhan harga emas.

Beberapa jangkaan ke atas fundamental pasaran minggu hadapan yang akan menyebabkan harga emas merudum dapat disenaraikan sebagai berikut:

1. Hasil pilihanraya Presiden di Perancis dan pilihanraya umum Greek bakal mengubah suasana ekonomi dan polisi moniteri seterusnya mempengaruhi pelan ransangan ekonomi EURO yang dicadangkan mengenai hutang negara berdaulat.


2. Jika regim baru memenangi pilihanraya, matawang Euro akan mengalami masalah dan akan menyusut berbanding USD seterusnya membawa sama harga emas ke bawah nilai bukan seminggu tetapi berminggu-minggu. http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_may04.2012.html

3. Laporan data-data US jika positif,  nilai USD meningkat manakala harga emas dunia mengalami penyusutan.



4. Kesan ekonomi dunia yang lain.



Faktor kenaikan harga emas minggu hadapan


Laporan data US pada Jumaat 4 Mei 2012 

Walau bagaimanapun beberapa pakar telah memilih harga emas akan naik disebabkan oleh tindakan US berdasarkan laporan nonfarm payroll di atas kelihatan  merosot mengikut laporan pada Jumaat lepas dengan sasaran dicapai sekadar 115,000 dpd 163,000 sahaja yang akan menjadi asas Federal Reserve membuat pengumuman quantitative easing ke tiga (QE3)http://www.kitco.com/kgs/goldsurvey_may04.2012.html



.

RUMUSAN HARGA EMAS PADA 30 APRIL 2012 HINGGA 4 MEI 2012

MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mantee Pendita Emas, 
Rasanya lama juga tidak berceloteh di dalam blog ini. Ini disebabkan segala posting pelaburan emas banyak didokumentasikan dalam laman sosial saya http://www.facebook.com/pendita.emas.5


Sepanjang minggu ini, ia merupakan minggu yang menggembirakan kepada pelabur-pelabur emas fizikal dan saham emas vgmc (yang suka main trading) disebabkan harga emas dunia dan domestik mengalami penurunan harga yang kecil tetapi mampu milik.

Kepada pelabur yang aktif membuat trading, mereka dapat juga menambah profit melalui bidaan harga emas terendah dan menjualnya semula bila harga meningkat naik dalam nilai USD5.00. 

Kira oklah tu yang penting kepada pelabur saham vgmc berserta pelaburan emas fizikal mereka mendapat kedua-dua profit yang disediakan bergantung.

Walau bagaimanapun, dalam masa sama ada juga pelabur yang merasa dukacita terutama kepada pelabur vgmc yang pasif (menanti dividen bulanan sahaja disebabkan harga emas merosot dari USD1664.20 kepada USD1645.20). Ini menyebabkan profit yang diterima menyusut sedikit dari minggu-minggu lalu. Apa-apa pun inilah bahagian yang mereka terima dan tahniah buat mereka yang penting duduk diam, profit terjana juga.