Salam buat mantee Pendita Emas,
Rasanya lama juga tidak berceloteh di dalam blog ini. Ini disebabkan segala posting pelaburan emas banyak didokumentasikan dalam laman sosial saya http://www.facebook.com/pendita.emas.5.
Sepanjang minggu ini, ia merupakan minggu yang menggembirakan kepada pelabur-pelabur emas fizikal dan saham emas vgmc (yang suka main trading) disebabkan harga emas dunia dan domestik mengalami penurunan harga yang kecil tetapi mampu milik.
Kepada pelabur yang aktif membuat trading, mereka dapat juga menambah profit melalui bidaan harga emas terendah dan menjualnya semula bila harga meningkat naik dalam nilai USD5.00.
Kira oklah tu yang penting kepada pelabur saham vgmc berserta pelaburan emas fizikal mereka mendapat kedua-dua profit yang disediakan bergantung.
Walau bagaimanapun, dalam masa sama ada juga pelabur yang merasa dukacita terutama kepada pelabur vgmc yang pasif (menanti dividen bulanan sahaja disebabkan harga emas merosot dari USD1664.20 kepada USD1645.20). Ini menyebabkan profit yang diterima menyusut sedikit dari minggu-minggu lalu. Apa-apa pun inilah bahagian yang mereka terima dan tahniah buat mereka yang penting duduk diam, profit terjana juga.
No comments:
Post a Comment