PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA
Salam buat semua mantee Pendita Emas,
Alhamdulillah, PE diberi kesihatan yang baik pada hari ini. Dapatlah menyambung tugas hakiki di sekolah dan tugas rutin mengisi info-info berkenaan pelaburan emas.
Ulasan ringkas pada posting kali ini menyentuh tentang mengapa penting memahami analisa teknikal dan fundamental pelaburan emas?
Jawapan ini pasti ditunggu-tunggu oleh mantee-mantee Pendita Emas. So jawapannya mudah sahaja:
1. Supaya diri kita tidak ketinggalan zaman dengan segala perubahan globalisasi dengan penggunaan sistem perekonomian elektronik yang bergerak pesat.
2. Dapat meminimakan kos dan memaksimakan keuntungan. Bermakna jual dan beli emas fizikal dapat dibeli pada posisi harga yang sangat kompetatif.
3. Dapat melaksanakan pembelian secara borong, 50-50 atau secara berperingkat-peringkat seperti yang telah PE sampaikan.
4. Dapat mempraktikkan teknik beli, lihat, lihat, lihat, lihat, lihat akhirnya jual atau lihat, lihat, lihat, lihat, lihat dan beli.
5. Memahami pergerakan harga semasa emas dunia berdasarkan aktiviti ekonomi global mengikut zon Asia, Eropah dan USA supaya dapat menentukan di zon mana untuk bertenang, zon mana boleh kita bid dan zon mana boleh kita jual atau zon mana kita nak bid dan tinggal untuk jangka panjang atau zon mana kita mahu membuat trading secara runcit
6. Membuat persediaan samada untuk menjual atau membeli emas disesuaikan aktiviti ekonomi global dan graf emas semasa. Senang kata apabila data ekonomi sedang dalam proses untuk upload, mantee PE telah menyediakan jejari di depan komputer masing-masing untuk membuat belian atau jualan.
Contoh untuk jualan harga emas yang sudah dibida, kita tunggu data berkenaan data pengganguran di US, jika data pengganguran meningkat relatifnya harga emas akan melonjak laju sehingga bergerak USD10 bagi seaun. Bayangkan jika ada 1000 aun dibida pada harga rendah menokok sebanyak USD10, sudah pasti mantee PE dapat menjana profit USD10,000.00 sekali spot.
Contoh tangguh pembelian iaitu harga emas pada USD1600/oz keluar data pengganguran US menurun, dengan sendirinya nilai USD meningkat dan harga emas bakal menyusut USD20.00. Ini bermakna jika proses pembelian mahu dibuat, mantee boleh membeli emas pada harga baru iaitu USD1580.00.
Contoh untuk mengelakkan kerugian, iaitu ketika harga dibid pada USD1600/oz berlaku penurunan kadar pengganguran di US, relatihnya nilai USD naik dan harga emas menurun. Bermakna dalam proses pelabur menjual pegagangan emas masing-masing, melalui carta harga emas kita dapat meminimakan kerugian dengan menjual sekali gus ketika harga sedang menunjukkan penurunan.
Persoalannya bagaimana harga emas dunia diselaraskan dengan harga emas tempatan?
Untuk menjelaskan pertanyaan mentee sila lihat graf dan harga emas di atas. Pertamanya ambil maklum berkenaan harga emas semasa. GCP akan membuat publish harga emas semasa sebanyak 2 kali iaitu pada jam 10.00am dan jam 5.00pm.
Ini bermakna harga emas jam 10.00am akan mengambil data harga emas selepas jam 5.00pm sehari sebelum itu sehingga harga jam 9.30am.
Manakala harga emas jam 5.00pm akan dipublish setelah pergerakan harga emas spot selepas jam 10.00am hingga jam 4.30pm dipantau. Ini bermakna penetapan 2 kali perubahan harga emas adalah satu pilihan harga yang bijak bukan sahaja kita dapat meminimakan kos tetapi dapat memaksimakan keuntungan.
Bayangkan antara jam 10.00am hingga jam 5.00pm setiap hari digambarkan sebagai sebatang lilin di dalam graf trading yang mewakili permintaan dan penawaran emas global, kita akan mengalami kerugian berdasarkan lilin A, kehilangan minima lilin B dan mengutungkan lilin C
Kesimpulan penilaian terhadap harga emas semasa dunia tinggi dan rendah serta kaitan harga emas tempatan lihat catra berikut:
Harga emas selepas jam 5.00pm pada 29 Mei 2012 iaitu emas dunia dan emas GCP USD157x.xx seaun =RM184.16/g
Rajah menunjukkan harga emas GCP turun RM2.00 selepas jam 10.00am 30 Mei 2012 apabila harga emas dunia brop pada USD155x.xx/aun. Ini bermakna jika dibeli pada hari semalam nilai emas susut RM2.00/g dan anda pula dapat membeli emas pada harga kurang RM2.00/g jika pandai membaca graf emas.
No comments:
Post a Comment