Wednesday, May 9, 2012

Jawapan kepada yang mempersoalkan pandangan Pendita Emas bahawa status akademik penting sebagai penceramah pelaburan emas Malaysia.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Tahun 2011 ada posting Pendita Emas menyentuh mengapa status pendidikan penting sebagai penceramah pelaburan emas.

Antara saranan Pendita Emas mengapa status semasa akademik penceramah penting:

1. Menjadikan status penceramah pelaburan emas merupakan satu peluang pekerjaan tetap atau sampingan dengan kadar bayaran RM20,000(Profesor), RM10,000 (Master) dan RM5,000(Sarjana muda), RM2000.00(Masterdealer).

2. Menjadikan status penceramah tidak dipersoalkan dikemudian hari. Status akademik boleh menyelesaikan persoalan kreadibiliti penceramah apabila ia dibangkitkan oleh orang yang dengki atas kejayaan kita dikemudian hari.

3. Menjadikan penceramah lebih pakar apabila terlibat secara berterusan, kemudian mampu menerbitkan artikel, majalah atau buku-buku ilmiah tentang pelaburan emas secara berterusan (tambahan income dari royalti dan jualan buku). Kenapa hal ini dibangkit ialah , berdasarkan pengamatan Pendita Emas buku ilmiah yang ditulis oleh penulis yang berstatus akademik yang tinggi buku mereka menjadi rujukan utama.

4. Mempelbagaikan idea yang dipelajari dari asas pelaburan emas menjadi satu idea yang lebih kreatif. Senangkata pengembangan idea baru seperti istilah yang diterima pakai oleh masyarakat setempat atau luar negara.

5. Mempunyai nilai tanggungjawab segala idea yang dilontarkan. Jangan jadikan idea berkenaan sesuatu yang tiada noktah dalam pencarian jawapan atas persoalan ditinggalkan.

Jika ada yang memperlekehkan hasrat dan harapan Pendita Emas berkenaan status akademik penting dalam pelaburan emas berikut contoh persoalan integriti atau status akademik CEO dalam organisasi Yahoo apabila status CEO berkenaan dipersoalkan oleh pemegang saham yang lain.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YahoosiasatrekodakademikCEO/Article

Posting hal kepentingan status akademik dalam pelaburan emas : http://penditaemas999.blogspot.com/b/post-preview?token=0PlGNjcBAAA.E0bu8snd59cQ6jqNO1sT7Q.Xzx45ssmW6Q0rJ2fprBd4A&postId=950117912112158415&type=POST

No comments: