Friday, May 11, 2012

Target Harga Emas Minggu Hadapan (14 hingga 18 Mei 2012) Menurut Pandangan Pendita Emas

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mantee Pendita Emas Yang Dihormati dan Di Sayangi,

Posting hari ini adalah tanda protes dari Pendita Emas berkenaan harga emas semasa dunia yang berlaku pada minggu lepas (7 hingga 11 Mei 2012) yang sangat menghampakan.

Mengapa Pendita Emas berkata begitu, sila amati pergerakan lakaran harga emas dari Pendita:

Harga emas terus merudum.


Harga emas terus-terusan berada di bawah line harga D yang PE lakarkan pada 5 Mei 2012. Carta harga awal menunjukkan harga emas ketika itu pada USD1641 telah ditutup pada akhir minggu pada harga USD1578. Dalam seminggu beza penyusutan harga sebanyak USD63/oz. Coretan penuh sasaran harga sepanjang minggu klik sini.


Harga Sasaran USD1600 tidak dapat dipertahankan.

Kenaikan harga USD1602 melepasi garis harga halangan PE pada USD1600 yang disasarkan tidak bertahan lama. Ingatkan hujan panas hingga ke petang. Rupa-rupanya satu gimik pelabur untuk mendapatkan sedikit keuntungan berdasarkan kenaikan harga emas sebanyak USD10. 

Penyusutan dari paras USD1602 sehingga USD1578 menyebabkan beberapa mantee menghadapi kerugian dalam situasi ini. Posting sasaran USd1600 klik sini.

Walau bagaimanapun, selepas letusan harga ini, PE melakarkan kembali tentang arah harga emas selanjutnya kepada lakaran harga A, B dan  C. Berdasarkan keluk di bawah, harga emas lebih memilih arah line harga C. Ulasan keluk harga ini klik sini.


Kesimpulan harga emas sepanjang minggu 7 hingga 11 Mei 2012.

Harga tidak melepasi USd1650 sebagai batu loncatak kenaikan harga emas selanjutnya. Sebaliknya berada berada dalam keadaan merudum seperti yang PE beri jawapan atas pertanyaan mantee PE dalam facebook.

Pendita Emas
Thursday
Catatan nota peribadi Pendita Emas pada 10 Mei 2012
Ramai bertanyakan kepada Pendita Emas:

1. Sampai bila harga emas turun?
2. Kenapa harga emas terus menurun?
3. Apakah faktor penurunan harga emas?

Jawapan dari Pendita Emas:
Dewasa ini harga emas dipengaruhi oleh:

1. Kegawatan ekonomi dan politik di Eropah. Kerajaan yang sedia ada menerima plan penjimatan telah mengalami kekalahan seterusnya akan ada pembatalan program berkenaan untuk diteruskan membuatkan kebanyakan pelabur merasa panik.

2. Pengembalian kembali bon-bon oleh pelabur secara besar-besaran bagi mengelakkan diri mengalami nasib sama sebelum ini akibat krisis kewangan menjadikan pelaburan saham mengalami gangguan seketika.

3. Peralihan pelaburan emas fizikal kepada pembelian USD mendorong kepada peningkatan nilai dolar berbanding EURO yang seterusnya nilai dolar menekan kembali nilai EURO dan harga emas.

4. Program menampan sektor kewangan oleh negara-negara Eropah menggusarkan seluruh rakyat mereka di mana kebanyakan negara Eropah perlu menyimpan sebahagian tunai mereka. Contoh Sepanyol perlu menyimpan tunai 35 Billion EURO(rujukan ForexProst)

Kesimpunanya: Untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi dan kepercayaan pelabur, ia memakan masa 4 hingga 12 minggu. So buat seketika harga emas akan berkisar di paras bawah USD1600 sahaja sehingga polisi kewangan mudah diubah oleh Amerika Syarikat dan negara Eropah diubah.

Ini disebabkan kadar faedah rendah yang telah dilaksanakan sehingga tahun 2014 masih belum dapat merangsang ekonomi Amerika.

Apa-apapun kita nantikan perlaksanaan QE3 Amerika Syarikat dan plan menyelamat ekonomi negara-negara Eropah yang ditawarkan oleh IMF.
 — with Emas Rear.

__________________________________________________________


PULANG SEMULA PAKU BUAH KERAS YANG MEMPERTIKAIKAN SASARAN HARGA EMAS YANG DIBUAT OLEH PENDITA EMAS

MENGIMBAU KEMBALI APABILA CADANGAN HARGA PENDITA EMAS MENUJU PARAS USD1600 DIPERTIKAIKAN OLEH RAKAN YANG TIDAK MEMAHAMI TENTANG FUNDAMENTAL HARGA EMAS SEMASA DUNIA...

HARI INI HARGA EMAS PADA PARAS TERENDAH USD1596 DAN BERMAIN DISEKITAR USD1600...WALHAL DAH DIINGATKAN SEJAK 3 MEI 2012 LAGI

YA KA PE HARGA MENGIKUT APA YANG PE PERKATAKAN ?
SILA SEMAK POSTING SEBELUM INI. FAKTA BOHHH


RINGKASAN RAMALAN HARGA EMAS PADA MINGGU HADAPAN (14 HINGGA 18 MEI 2012)

Ramalan 1: Berdasarkan analisis teknikal


Harga emas menuju downtrend apabila harga emas suka melanggar harga support disasarkan.
Support Tertinggi - USD1666
Harga Kedua Tinggi - USD1623
Harga Ketiga Tinggi - USD1612
Harga Keempat Tinggi - USD1560
Harga Terendah - USD1520
Harapan Penulis -Harga kembali pada Pivot USD1666


Ramalan 2: Survey Kitco

Lanjutan bacaan klik sini.

Ramalan 3: Sasaran harga Pendita Emas

Mengikut garapan keluk harga emas yang Pendita lakarkan harga lebih memilih ke arah line harga C. Ini bermakna pada minggu ini tiada dalam fikiran harga emas akan memantul ke USD1600 kembali buat seketika. Pilihan harga sebagai berikut. 

Mengapa memilih harga ke line C

1. Berdasarkan perasaan intuinsi harga akan mengelongsor ke paras USd1518. Lagi cepat lagi baik kerana USD1500 merupakan harga emas yang dianggap paling sesuai sebelum harga emas memantul semula.

2. Situasi ekonomi global masih berat ke arah situasi tidak menentu dimulakan dengan negara terkuat Eropah iaitu Perancis memperakukan jawatan Presiden  (Mr Hollande) seterusnya mengumumkan plan ekonomi negaranya.

3. Parlimen Greek yang diwakili kepelbagai parti politik dengan kuasa minoriti masih bertelagah mengenai kata putus perjanjian bantuan menyelamat dari ECB dan IMF yang mensyaratkan Greek perlu melakukan penjimatan 

4. JP Morgan pada Jumaat lepas melaporkan telah kehilangan nilai perdagangan sebanyak 2 Billion telah menyarankan kepada pelabur mereka mendapat instrumen menyelamatkan saham mereka dengan memegang dolar.

5. Petunjuk-petunjuk data ekonomi US yang sihat telah menutup segala rumus yang biasanya membawa kenaikan harga emas semasa.

6. Pengalihan pegagangan emas kepada matawang USD dan Euro telah menjatuhkan nilai emas sendiri. Terkini nilai Euro berbanding USD masih di bawah paras 1.30. Kebanyakan pelabur Eropah perlu mempertahankan nilai Euro bagi memastikan nilai saham mereka berada dalam keadaan yang baik.



Sasaran harga Pendita Emas pada  minggu hadapan ialah semua harga menyentuh harga support sahaja dengan meninggalkan ulasan-ulasan pakar pelabur emas dari semasa ke semasa.
Harga Bonus : USD1600(tiada lagi dalam minda untuk minggu depan)
Support Tertinggi USD1588
Kedua Tertinggi USD1562
Ketiga Tertinggi USD1550
Keempat Tertinggi USD1548
Terendah USD1518



No comments: