Thursday, May 10, 2012

MAMPUKAH PELABUR EROPAH MENINGKATKAN HARGA EMAS DUNIA PADA 10 MEI 2012

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mantee Pendita Emas,

Pandangan Pendita berkenaan harga emas awal petang 10 Mei 2012 dalam dagangan Eropah sangat mendukacitakan apabila paras lantunan harga yang disediakan oleh pelabur Asia telah diturunkan semula ke paras bawah USD1590.

Walau bagaimana Pendita mahu bersikap positif dengan mensasarkan harga emas akan melepasi harga rintangan USD1600 insyallah. Line hijau sebagai tanda apa yang Pendita perkatakan. Ini bermakna harga ketika carta dipublish harga emas berada pada paras USD1590/USD1600/aun.



Ini bermakna kepada pelabur yang membuat bidaan pada jam 8.00am hingga jam 12.00pm 10 Mei 2012 waktu Malaysia menghadapi kemalapan dari segi pengumpulan profit harian. Ini menunjukkan selepas jam 8.00am hingga jam 2.00pm hasil usaha pelabur bahagian Timur dunia seolah-olah tidak dihargai.

Jika ini berlanjutan dan harga akan merudum lebih ke bawah USD1590 bermakna kami terpaksa menunggu pasaran emas memasuki ke pasaran Amerika Syarikat. Ini bermakna selepas jam 8.00pm (jam 20.00)mengikut masa graf adalah pilihan sesuai untuk memilih harga jualan semula.

Kesimpulannya sehingga jam 4.43 petang, harga masih dalam kepura-puraan untuk menaik. Ini bermakna langkah berhati-hati dalam menjejak harga memerlukan kemahiran dan pertimbangan mengikut ilmu trading gold yang telah Pendita sampaikan sepanjang jelajah seminar analisis teknikal dan fundamental yang lalu.
Nasihat Pendita Emas: Melabur dengan berilmu memberi impak paling mahal dalam dunia daripada melabur sebagai ikut-ikutan.

Harga selepas jam 5.00pm masih belum kemas untuk membuat lantunan. Penuh angin sahaja. Kalau manusia dipanggil berangin sebagai suka marah. So harga macam ini membuatkan kita marah sahaja.


Jam 5:27 pm, apa dikhuatiri telah terjadi, harga emas terjun dengan tajam ke paras harga support USD1586.





No comments: