PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA
Salam buat mantee Pendita Emas,
Teringat kembali kepada posting Pendita Emas berkenaan topik "benarkah agrobank terima pajakan emas Public Gold" pada 20 Ogos 2010 yang lalu.
Mengapa posting ini Pendita Emas bangkitkan adalah disebabkan posting inilah yang menarik minat pelabur-pelabur emas untuk berjinak-jinak melibatkan diri dalam pelaburan emas jongkong. Memang diakui sebagai master dealer Public Gold ketika itu, blog inilah yang Pendita Emas gunakan untuk menarik mereka joint Public Gold.
Salah satu tarikan yang Pendita Emas peloporkan ialah penggunaan Agrobank dalam pembelian emas fizikal berbentuk jongkong. Alhamdulillah bermula dengan Arrahnu seperti Koperasi Permodalan Melayu Johor, Yapeim dan kedai-kedai pajakan emas lain, kemunculan Agrobank meneruskan kelangsungan kemajuan pasaran emas fizikal berbentuk jongkong domestik.
Kini apa yang ada pada Agrobank?
Pada hari ini, 23 Mei 2012 jam 3.00pm Pendita Emas telah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai Agrobank Kota Tinggi.
Pegawai Agrobank : Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan En Yatiman
Pendita Emas: Saya bercakap, siapa nie dan dari mana, maaf kerana banyak sangat saya melayan panggilan pada hari ini?
Pegawai Agrobank : Saya Ina, pegawai Arrahnu dari Agrobank Kota Tinggi, maaf tuan saya diarahkan oleh pihak bank untuk menyampaikan info bahawa tarikh pajakan emas tuan sudah hampir genap 9 bulan pada 23 Jun 2012. Mengikut polisi bank, tuan diminta untuk menebusnya dan tidak boleh membuat overlap.
Pendita Emas: Oh ya ke? Ok bukan tidak mahu ke tempat tuan, maaf kerana sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk.Untuk ke lokasi tuan pasti angin sahaja saya dapat bila sampai permis tuan dah tutup. Almaklumlah balik kerja pun jam 2.30pm. Saya selesaikan dalam masa cuti nanti.
Pegawai Agrobank: Saya memang rasa tuan pasti dapat menebus semua emas pajakan tu nanti sebab rekod tuan dengan kami memang baik dan bersih.
Pendita Emas: Terima kasih, cuma mahu tahu mengapa emas dinar dan gold bar tidak boleh dipajak atau dibuat overlap lagi.
Pegawai Agrobank: Itu polisi bank yang baru, so siapa yang telah genap memajak 6 bulan kena tebus semua emas mereka. Hal emas gold bar dan dinar memang dah lama kami tidak terima sejak tahun lepas.
Pendita Emas: Bagaimana dengan polisi kami orang lama, tidak silap saya bukankah kita punya polisi pajakan 6 bulan + 3 Bulan +2 bulan (11 bulan) so saya punyapun baru nak masuk 9 bulankan
Pegawai Agrobank: Benar tu, tuan punya pajakan masih tertaluk dengan polisi versi lama.
pendita Emas: Ok terima kasih, insyallah cuti nanti kita jumpa di Kota Tinggi pada hari Khamis. Bagaimana dengan polisi pajakan hanya di lokasi berhampiran?
Pegawai Agrobank: Memang benar, bermakna akaun tuan di Kota Tinggi kena close, tuan boleh teruskan buat di Bandar Baru Uda.
Pendita Emas : Sajer tanya lagi sekali, benarkah goldbar dan gelang tangan juga tidak boleh dipajak?
Pegawai Agrobank: Benar tuan, yang boleh dipajak adalah barang kemas termasuk rantai tangan, rantai leher dengan sekali shoot untuk nilai 25 gram sahaja.
Pendita Emas: Ok, kirim salah dengan Hanafi dan Arpah
Pegawai Agrobank : Ok tuan, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment