Thursday, May 31, 2012

sekadar renungan hal pelaburan vgmc.com(Bukan senang mahu senang)

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mantee Pendita Emas,

Di sini Pendita Emas paparkan senarai beberapa rakan yang tidak dikenali sebelum ini, memberi kepercayaan 100% kepada Pendita untuk mengendalikan akaun vgmc mereka. Kerja PE memang lasak. Tolong cairkan dividen dan tolong trading.

Penat memang penat. Susah juga mahu mencari wang sejuta. Tak tahulah macam mana mereka canangkan setiap hari boleh dapat RM5000 hanya menggunakan hujung jari. PE lainlah banyak akaun yang PE kendalikan tetapi berpinar mata dan sakit badan mahu memantau naik turun harga emas siang dan malam. Sebab tu PE ada nyatakan sebelum ini, dapat lepas makan malam 2 ekor ikan siakap tiga rasa bersama family pun dah cukup dari trading harian dalam akaun PE sahaja. Yang lain tu rahsialah.?

Apa? Belian emas fizikal 100g setiap minggu! ya, itu untuk persediaan masa depan PE sahaja.

Menariknya, apa yang mereka tahu setiap bulan, profit atas pelaburan mereka masyukk. Untuk mendapatkan info menarik dari mereka bolehlah call mereka mengenai perjalanan akaun vgmc mereka bersama PE.

Apa-apapun alhamdulillah, yang terbaik modal mereka sudah pun kembali dan kini sedang menanti tuaian hasil pelaburan mereka untuk bulan Jun 2012.

Pendita Emas pula semakin laju simpan emas fizikal untuk masa depan sekurang-kurangnya bila perlu boleh tukarkan sementara ke wang fiat dan emas fizikal masih nampak lagi.

Pelaburan ASB, dah lama tolak sebab wang fiat menjadi jumud dan tidak boleh keluar masuk untuk mendapatkan dividen dan bonus maksima.

Termasuk belian Sijil Simpanan Premium (SPP) dah 3 tahun bernilai  RM40,000.00 tak pernah juga dapat hadiah utama.

Orang kata baik simpan wang fiat. PE pula kata sia-sia sahaja sayang wang  sebabnya (takut mahu belanja maka simpanlah dalam bank bertahun-tahun mengharapkan kadar faedah). Memanglah dijamin kerajaan. Bukankah berbeza pulangan atas  simpanan tadi dengan belian emas fizikal?

SPP nie pun  bakal kena lepas juga untuk ditukar kepada emas fizikal. Orang kata lepas juga emas 248.45g kalau harga sekarang RM161/g. Persoalannya kenapa pada awal pembelian SSP tidak ditukar dengan emas fizikal ketika harga RM120/g. Jika tidak tentu sudah ada 333.33g. Jika naik RM250/g, pasti dapat pulangan RM83,332.50

Mana tahu RM250/g akan menjelma pada bulan Ogos 2012, emas fizikal 248.45 gram bernilai RM62,112.50. Tak pasal-pasal dipaksa menerima profit untuk sebuah  kancil cash RM22,112.50 atau muka kereta Honda ZXR (RM105,000.00) pun dah berbaloi. Apa-apapun kebolehan menguruskan wang itu penting. Ambil sahaja peluang yang boleh menjana kewangan kita dengan sihat.






Penat juga menjaga akaun mereka setiap bulan.


Penafian : Ini sekadar perkongsian sahaja. Pendita tidak suka cakap kosong. Tak suka Pendita tak rugi. Baca boleh follow jangan. Jika berminat call 0193791864

No comments: