Friday, June 1, 2012

JAWAPAN MENGAPA HARGA EMAS NAIK MENDADAK PADA SEBELAH MALAM 1 JUN 2012

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee Pendita Emas,

Awal pagi PE telah melakarkan patern data ekonomi di Eropah dan USD dengan cadangan data mengikut line warna merah iaitu line di Eropah menurun dan USD menaik. Ini berdasarkan situasi data ekonomi kedua-dua blok ekonomi sepanjang bulan Mei 2012.



Ini bermakna jika berlaku mungkin akan menjunam kepada 100 mata atau USD100/oz bermakna pada harga USD1555 harga sasaran PE pada USD1455. Tetapi sebaliknya telah berlaku dalam situasi data ekonomi yang mengejutkan di blok ekonomi USA.

Berdasarkan graf harga di bawah kenaikan harga berlaku tiba-tiba selepas jam 8.00 malam disebabkan oleh:





Pada malam ini PE tidak dapat menumpukan kepada harga emas dunia. Tup tup mantee Pendita Emas, Tuan Ruzaini dari Kelantan telefon saya mengatakan nahawa harga emas telah melepasi paras USD1612.

Terkejut bin ajaib, mana mungkin berlakukan kejadian tersebut sedangkan sasaran harga emas merudum berlaku dengan nyata ketika carta emas bergerak pada waktu petang.


Harga emas merudum di waktu petang.


Menyingkap kembali tentang harga emas disasarkan pada pagi tadi menggunakan data ekonomi bakal terjadi mengikut lakaran berikut:



Berdasarkan data ekonomi, punca kenaikan harga emas disebabkan data US yang negatif.


No comments: