Tuesday, June 5, 2012

Adakah Tahun 2012 merupakan tahun pilihan terbaik untuk penyenaraian mana-mana saham global?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat mantee PE,



Hari ini PE, sangat tertarik dengan keadaan pasaran global terutama saham Facebook yang telah diapungkan dalam pasaran awam dengan nilai $38 didagangkan pada harga tertinggi sekitar $45 sesaham pada 18 Mei 2012 yang lalu.kini mengalami penurunan mendadak.sehingga hari ini.

Apa yang menarik ia berada di dalam kelompok industri terknologi yang mendapat sambutan hangat dari segi penggunaan web sosial diseluruh dunia kurang menarik minat pelabur masa kini.

Terkini, selepas 2 minggu pelancarannya, tiba-tiba nilai Facebook $100 billion, kini bernilai $73.75 billion dengan nilai $26.43 sesaham . Dan akan berada sekitar $55 billion apabila harga dijangkakan berada pada paras $20 sesaham. Sudah pasti ia akan menjadi petaka kepada semua pelabur yang begitu teruja dengan pelancaran IPOnya sedikit masa lalu.


"Facebook's market value as of Monday's close was about $75 billion (including restricted stock and unexercised options); at $20 a share, the company's market cap would be in the neighborhood of $55 billion."

Bagaimana dengan saham Felda yang bakal dilancar di Malaysia dengan nilaian sesaham RM4.50? Kita tunggu sahajalah laporan tahunannya pada Jun 2013 nanti. Pertama nak lihat pecahan perolehan, keuntungan sebelum cukai dan % bayaran dividen atas keuntungan tahunan yang diperolehi. Tentu menarik jika masing-masing mendapat dividen lebih 15% sebab namapun saham global bertaraf antarabangsa kedua besar di dunia selepas IPO Facebook bernilai $100 billion.


No comments: