Monday, June 4, 2012

MERANANYA BUAT PELABUR EMAS PRA MATANG DI AWAL TAHUN 2012 (JAN HINGGA JUN 2012)

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA

Salam buat semua mantee Pendita Emas,

Alhamdulillah bertemu kembali di dalam blog Pendita Emas pada hari ini 4 Jun 2012, jam 4:30pm dimana berlaku perkara pelik dan menarik.

Cerita hari ini bermula dengan program menebus emas fizikal di Kota Tinggi yang terkandung dalam 20 surat pajak dengan masing-masing surat bernilai RM5000 dan upah digenapkan sebanyak RM400 setiap surat.

Yang menjadi cerita peliknya, dalam poket dah sedia RM20,000.00, dan sebahagiannya mahu di keluarkan melalui Maybank Kota Tinggi dengan nilai RM80,000.00.

Yang kelakar kerani bank boleh sound, ini bukan buku akaun simpanan bank, ini passbook gold. Alamak macam mana nie, perjalanan dari Pasir Gudang ke Kota Tinggi pun makan satu jam takkan nak balik semula lagipun PE dah telefon pegawai bank nak keluarkan semua gold bar dan dinar Public Gold.


Maka terus berlalu ke Agrobank dengan cash RM20,000.00 yang ada. Alhamdulillah atas budi bicara dan perundingan dengan pegawai bank maka semua surat pajakan berkenaan PE topup sahaja RM1,000/surat. Bermakna ada 3 bulan lagi (September 2012) untuk membawa keluar produk Public Gold yang ada.

Sambil tu saja tanyakan kes pembelian emas yang dilakukan oleh pelanggan melalui dealer-dealer yang suka menggunakan kaedah 30% hingga 70%. Apa yang diceritakan oleh pegawai berkenaan ada kebenaran. PE boleh cuci tangan kerana kes yang berlaku bukan dalam kalangan kumpulan dealer-dealer PE. Tahniah buat mantee PE, anda menjadi pelabur yang berjaya.

Antara butiran yang boleh dikongsi sama ialah:

1. dealer-dealer yang menggunakan konsep 30-70 terutama yang  mencekau wang pelabur secara maksima mengikut harga Arrahnu, selalu menghamburkan kata-kata sedap didengar oleh mangsa iaitu jangan risau emas naik 30% setiap tahun. Tak perlu keluar wang selepas pembelian kerana bank akan tolong bayar. Itu cerita jika harga emas akan naik sepanjang tahun. 

Bagaimana dengan harga emas yang terus berada di bawah paras harga beli sepanjang enam bulan seperti yang berlaku sekarang ini antara bulan Jan hingga Jun 2012 berada antara USD1500-USD1600.00/oz. 

Maka sangaplah mereka kena jual bulat-bulat. Lagi malang mereka membeli pun menggunakan wang pinjaman peribadi. Kedua-dua pinjaman nak kena bayar bro. Kepala pasti berserabut tidak pasal-pasal memikir hutang yang tiba-tiba bercambah. 

2. Dealer-dealer yang menaungi pelabur pra matang tidak ada ilmu menyelesaikan masalah pajakan. Maka hasil tinjauan , mereka hanya terikut-ikut dengan otai-otai pelaburan emas yang  popular yang mampu memberi kepelbagaian alternatif manipulasi pajakan. Cerita dengan bangga hari-hari dapat income melalui pajakan. Akhirnya mereka hanya dapat buluh kasap.

Apa yang berlaku seorang brother meluahkan perasaan pada PE dalam hal ini. Dia kata menyesal tidak mengikut saranan PE iaitu kalau mahu memajak perlu ada ilmu dan dibelakang kita ada pelbagai wang sokongan. Nak minta bantuan PE malu, almaklumlah nama PE yang sudah mantop disampaikan kepadanya yang kurang enak sebelum beli emas dengan group mereka. Setelah berlaku atas diri sendiri baru dia tahu siapa rakan dan lawan dan siapa PE sebenarnya.

Sambungnya lagi, tak ader dealer yang sudi bantu dia, bila minta cara menyelesaikan masalah tiada jawapan yang baik. Mereka sarankan jual sahaja kalau bising-bising. Dalam kes ini apa salahnya dealer yang menjual emas pada brother nie belilah sedikit emas beliau daripada 500g. Ini langsung dibiarkan begitu sahaja. Akhirnya pelabur ini terpaksa mencari kedai-kedai emas yang sudi mengambil harga emas yang tinggi dan ada kedai yang sediakan menawarkan harga emas RM150.00/gram (standard emas 916 yang baru).

3. Pilihan dealer yang kurang tepat. Tidak membuat rujukan sebaik mungkin siapa dealer yang bakal menaunginya. Maka teknik  ikut-ikutan  rakan melabur menjadi keutamaan. Selain itu tumpuan juga terarah kepada dealer yang sanggup memberi pelbagai ganjaran.

Akhirnya bila berlaku kes begini dealer-dealer berkenaan dapatlah menyembunyikan diri dan menukar no telefon masing-masing. Bila didail sentiasa dijawab oleh sang dara "No yang anda dail tiada dalam perkhidmatan".

4. Suka memperlekehkan dealer dan company emas yang ada dalam negara kita. serang sana dan serang sini terutama Pendita Emas dan GCP kami tidak rugi apa-apa. Kami semakin bertambah hebat dengan ilmu-ilmu untuk menepis segala tohmahan dari otai-otai tertentu.

Semakin diperlekehkan semakin laris Pendita Emas dan GCP. Bertambah kukuh ilmu pelaburan emas kami.

Malah kami mampu membantu pelabur-pelabur yang menghadapi masalah emas sangkut di Arrahnu dan emas fizikal yang tidak berbayar. Begitu juga dengan emas mereka dalam ukuran berat 30g, 50g dan 100g, kami juga boleh membantu untuk mengecilkan berat emas mereka jika memang digunakan untuk pajakan.

So Sempena bulan kejatuhan harga emas, mari kita perbetulkan cara pelaburan emas dengan tip-tip berikut:

1. Ubah niat dari melabur untuk untung banyak dan segera kepada menyimpan emas dan perak untuk memperkukuhkan ekonomi kita untuk masa depan.

2. Membeli mengikut ukuran baju di badan sendiri. Tidak perlu menambah hutang sana dan sini untuk merebut harga emas yang pelik-pelik. Cukup sekadar ada simpanan emas fizikal sedikit setiap bulan sudah memadai.

3. Buatlah penilaian kebelbagai harga emas semasa domsetik untuk belian atau jualan supaya kita dapat memaksimakan untung dan meminimakan kerugian.

4. Jika sudah ada emas, kembangkanlah menjadi satu peluang perniagaan. Caranya kunjungi seminar Analisis Teknikal dan Fundamental Pelaburan Emas PE hubungi 0193791864 untuk booking.

5. Dapatkan harga belian emas seperti yang PE beli selepas ini yang berbaloi-baloi sepanjang tahun,  Murah sahaja daftar seumur hidup RM1000.00 keterangan lanjut http://gcp.com.my/, gunakan ID PE, AD1243 untuk daftar dan  dapat harga dealer macam PE

Paparan harga emas ini bukan untuk meraih keuntungan tetapi untuk membantu mantee PE dan orang luar sana untuk mendapatkan harga emas terbaik dan paling minima.


No comments: