Thursday, August 12, 2010

Menjana Pendapatan Melalui Kaedah Pajakan 2

Jika anda mempunyai stok jongkong emas 20g sebanyak 12 ketul bernilai RM33600.00(RM2800 X 12 ketul) pada 12 Ogos 2010, berapakah nilai emas anda pada 31 Disember 2010?



Kesan menanti harga tinggi untuk membuat pengambilan untung ke atas stok.



Jika anda hanya suka menyimpan dan menjual pada harga tinggi, saya rasa anda akan mengalami kerugian dari segi nilai masa dan nilai emas itu sendiri dalam RM selama 5 bulan atau 150 hari atau 360 jam atau 216,000 minit atau 12,960,000 saat.



Saya berkata begini kerana perubahan harga emas berlaku pada setiap detik dan pemantauan harga emas 24 jam public gold sentiasa berubah dalam lingkungan setiap 20 minit.



Pelaburan ini boleh saya katakan, anda merupakan pelabur pasif, suka bertangguh, menunggu harga pada paras yang tinggi.



Sebagai contoh pada 12 Ogos 2010 anda membeli emas public gold 20g pada paras RM2800.00 harga belian Pada paras RM2650.00, pada paras harga mana yang perlu anda jual?



Jika harga pada paras jualan syarikat RM3000.00 dan paras belian syarikat RM2850.00 berapa anda untung. Sila buat kira-kira dan turunkan komen anda di bawah ini. Jawapan saya mengatakan anda hanya untung RM50.00 bukan RM200.00.



Kesan membuat pajakan emas



Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mujarab dan fantastik kepada pelabur emas di bawah seliaan kami. Pelabur ini kami katakan pelabur yang agresif dan pandai memanipulasikan emas dalam simpanannya. Kaedah ini bergantung kepada kedai pajak gadai di lokasi anda. Di Johor ini hanya ada satu tempat pajakan yang menyediakan harga yang kompetitif selain Public Gold sendiri.



Melalui pajakan, wang pajakan boleh dipelbagaikan kegunaannya iaitu:

1. Membeli emas baru pada harga rendah untuk dijadikan stok.

2. Boleh dijadikan wang pusingan gaji.

3. Boleh menjadi gaji awal bulan jika gaji anda pada akhir bulan.

4. Mengganti gaji bulanan anda tanpa menyentuh gaji setiap bulan, malah gaji bulanan boleh dikumpulkan mengikut kemahuan anda

5. Anda sentiasa berwang.




Keterangan rajah.

Anda mempunyai stok 12 pc gold bar 20 gram. Mulai awal Ogos anda buat pajakan seketul emas anda. Setelah dikira nilai marhum dan 65% boleh pinjam kita andaikan dari bulan Ogos hingga Disember 2010 nilai pajakan diterima RM1800.00. Anda merancang untuk menggunakan wang pajakan untuk belanja bulanan anda RM1000.00 bermakna anda membelanjakan RM5,000.00. RM4,000.00 anda simpan untuk dijadikan wang tebusan dikemudian hari. Gaji anda tersimpan sebanyak RM10,000.00.

Kaedah keluarkan emas dari pajak gadai.

Saya bicarakan secara bulan demi bulan tidak melibatkan gaji terkumpul anda sebanyak RM10,000.00 kecuali pada akhir pusingan pajakan nanti.

Pertama

Pajakan bulan Ogos anda pecahkan RM1000.00 untuk perbelanjaan dan RM800.00 sebagai simpanan dan seketul emas terpajak. Gaji RM2000.00 tidak terusik

Kedua

Pajakan bulan September tolak RM1000, simpanan RM800 menjadi RM1600.00 masih belum boleh tebus emas bulan ogos bermakna 2 pc emas dalam pajakan. Gaji anda terkumpul RM4,000.00 tanpa terusik.

Ketiga

Pajakan bulan Oktober tolak RM1000, Simpanan RM800 menjadi RM2400. Tebus emas bulan Ogos anda dikenalan bayaran RM1840 termasuk upah 2 bulan. Emas terpajak 2 ketul lagi. Baki wang pajak ditangan RM600.00. Gaji terkumpul RM6,000.00 tanpa terusik.

Keempat

Pajakan bulan November tolak RM1000. Simpanan RM800.00 menjadi RM1400. 3 ketul emas terpenjara. Gaji tetap bertambah RM8000.00.

Kelima

Pajakan terakhir bulan disember tolak seribu. Simpanan RM800 menjadi RM2200. Tebus seketul emas September dengan kos RM1880.00 ada lebihan RM320.00 tambah gaji anda tidak digunakan RM10,000.00 menjadikan lebihan tunai RM10,320.00

Keenam

Tebus semua 3 ketul emas dengan kos emas bulan oktober RM1860, November RM1840 dan Disember RM1820 berjumlah RM5520.00. Menggunakan lebihan tunai tebus semuanya wang anda berbaki RM4,800.00 ditambah dengan stok 12 pc jongkong emas ditangan sebanyak RM34,440.00(diandaikan RM2870.00 x 12pc). Anda masih ada aset RM39,240.00.

Kesimpulannya

1. Emas Public Gold ada ditangan anda, bermakna anda yang menentukan kekayaan anda. Kami hanya memberi panduan.

2. Dalam menggunakan wang pajakan kena ada disiplin. Makin kecil kita belanjakanwang pajakan makin besar wang tunai kita miliki.

3. Wang pajakan yang dimiliki boleh digunakan untuk membeli emas ketika harga rendah dengan sendiri kuasa beli anda berada pada kedudukan yang kukuh.

4. Dalam kaedah rempit ini, pastikan bilangan emas dan wang tunai di luar lebih kuat dari emas yang terpajak. Bermaksud anda mempunyai kuasa menebus emas pada bila-bila masa.

5. Dalam pelaburan emas kita jangan kira untung atau rugi kerana setelah memiliki emas sahaja anda merupakan pelabur yang istimewa. Rahsianya hubungi Yatiman Kamsidin 0193791864

JADILAH PELABUR EMAS

JANGAN TERJEBAK

DENGAN SKIM PELABURAN EMAS

2 comments:

PENDITAEMAS said...

Setelah mengenali sistem pajakan, saya merasa sangat beruntung sekali kerana saya dapat gunakan wang hasil pajakan emas tanpa dikenakan bayaran keuntungan dan lewat bayar seperti yang dilakukan oleh bank melalui penggunaan kad kredit.

Unknown said...

Maafkn sy tuan.. Sy still x faham.. Sy nk belaja lg teknik ni.. Mohon diperkenan