Monday, June 24, 2013

Paras harga emas USD1923 dan USD1269 menjadi sejarah.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,



Emas merupakan aset yang mampu melindung nilai dari kejatuhan matawang dan inflasi. Manakala orang barat memanggilnya logam safe heven. Keadaan ini menjadi sangat bermakna sepanjang tahun 2008 sehinggalah tahun 2011. Harga emas melonjak sehingga cartanya membentuk carta parabolic.

Ya, memang menguntungkan tetapi jika diteliti secara mendalam sebenarnya emas menjadi logam yang dimanipulasi akibat dari masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara terutamanya USA telah melaksanakan program Quantative Easing 2 yang bertindak dengan mencetak dan melambakkan bertrillion USD dalam pasaran pada awal tahun 2011 untuk memulihkan ekonominya. Spekulator bertindak akibatnya nilai semasa USD menjunam dan nilai emas meningkat naik secara mendadak.

Kenaikan harga emas pada tahun-tahun dinyatakan sebenarnya lari dari hukum permintaan dan penawaran. Naik-turun harga emas tidak mengikut keluk keseimbangan  permintaan dan penawaran. Ini terbukti walaupun banyak kos dikeluarkan oleh kebanyakan pengusaha lombong emas untuk memenuhi penawaran walaupun permintaan banyak, harga emas masih terus menjunam. Akibatnya banyak pelombong-pelombong emas mula mogok, hilang pekerjaan dan hilang punca pendapatan akibat penutupan lombong emas.

Melalui pemerhatian kita, faktor kenaikan harga emas segalanya bermula apabila berlakunya kesan kemelesetan ekonomi pada tahun 2008. Kebanyakan negara yang terlibat dengan nilai eksport bersandarkan USD telah mengalami kerugian terutamanya India. Akhirnya dengan tindakan India meminta bantuan tauke negara Komenwel iaitu England dengan membuat pinjaman emas.

Tindakan India menggunakan emas dalam menyelesaikan masalah kegawatan ekonominya mampu menyelesaikan masalah ekonominya dan membeli beratus ton emas. Pembelian ini menjadi langkah awal pergerakan harga emas yang harmonis.

Ditambah dengan dasar ekonomi negara China yang mula mengamalkan dasar ekonomi terbukanya telah menyeru rakyatnya menukar Yuan dengan emas fizikal. Tindakan kedua-dua negara ini menjadi ikutan kepada negara didunia yang lain.

Kenaikan harga emas secara besar-besar kemudiannya menjadi satu igauan buruk kepada pemilik dan pelabur emas seawal Januari 2012. Sepanjang tahun kita menyaksikan pelbagai masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara Eropah yang dikenali sebagai negara EURO ialah masalah hutang berdaulat.

Dari sinilah harga emas mulai memudar sinarnya. Hutang berdaulat seperti di negara Sepanyol, Itali, Cyprus, Portugal, Greek menuntut pengetatan dasar moniterinya dengan menjadikan rakyatnya sebagai mangsa melalui kadar cukai dan kadar faedah dinaikkan menjadi alasan penyisihan ketua-ketua negara untuk digantikan dengan yang baru. Rusuhan berlaku di sana-sini atas ketidak puashatian rakyat terhadap pengetatan dasar moniteri negara terlibat. Malah ada negara eropah akan menggunakan rizab emas sebagai cara melangsaikan hutang.

Walau bagaimanapun senario naik-turun harga emas pada waktu itu dibantu dengan tindakan spekulator yang menjadikan program QE3 USA yang diwar-warkan akan dilakukan untuk memulihkan ekonomi USA.

Ramai menyangka tindakan mencetak USD80 billion untuk membeli bon-bon tidak akan memulihkan ekonomi USA. Mereka berharap cetakan USD bagi QE3 akan dilakukan juga sehinggalah genap setahun ura-ura QE3 yang dikumandangkan oleh FED tidak menjadi kenyataan.

Dari peristiwa penangguhan atau pembatalan QE3 USA akibat dari ekonomi yang nampak memulih dan inflasinya berada kurang dari 2.0 seperti yang diperkatakan oleh Ben Bernanke sebagai Pengerusi FED, harga emas mulai menjunam dan berliku. Bulan demi bulan sehingga sekarang terus menjunam. Satu perkara yang menarik ialah terdapatnya bank-bank pusat membuat jualan simpanan emas seperti Cyprus pada April 2013  untuk menutup hutangnya dan  jualan panik saham-saham SPDR emas sehingga $60 billion menjadikan info ini membuka sentimen bearish buat harga emas secara berterusan.



Kini harga emas telah menjunam sebanyak -34%.(USD1269/aun). Sasaran awal kebanyakan pakar pelaburan komoditi menetapkan harga emas hanya menjunam sejauh -30% sahaja pada kedudukan harga USD1346/aun. Realitinya harga emas masih kekal menjunam tanpa titik noktah di mana harga emas perlu berhenti kemudian membuat lonjakan bullish.

Kesimpulannya

i. Emas telah memiskinkan kita. Oktober 2012 beli emas fizikal 999 RM216/gram. Sikalang 24 Jun 2013 harga sudah menyusut USD153/gram. Bermakna hanya 8 bulan kita kehilangan modal RM63.00 setiap gram.

ii. Sesi 2008 hingga Jan 2013, kenaikan harga emas disebabkan oleh manipulasi spekulator berdasarkan sumber persilangan nilai USD dengan harga emas. Apabila target tidak menjadi SPDR emas menerima semula saham-saham bernilai $60 billion dari pelabur yang mahu meninggalkan urusniaga pasaran saham emas.

iii. Naik-turun harga emas tidak mengikut hukum permintaan dan penawaran. Ini disebabkan emas diminta hanya untuk simpanan dan bukan untuk digunakan. Ini menjadikan selain kos pengeluaran yang mahal, harga tetap kurang menarik.

No comments: