Salam,
Benarkah harga perak bakal membuat letusan dan membina kawah besar pada tahun 2013?
Jika benar berapakah harga terendah yang terakhir untuk berhenti kemudian melonjak semula. Di bawah merupakan catatan bagi harga buy dan sell yang berlaku beberapa minggu lepas.
Sumber : http://www.kitco.com/ind/Wyckoff/2013-06-05-Where-are-the-Stops-Wednesday-June-5-Gold-and-Silver.html
Apakah instrumen yang sahih boleh kita gunakan untuk menjadi pegangan kita atau sumber kuasa untuk menyokong pendapat kita bahawa harga silver bakal melonjak. Di sini Pendita Emas cuba membantu rakan-rakan bagaimana mahu menghargai pendapat pakar-pakar silver dunia.
Sebab harga rendah:
i. Pengurangan import dan penambahan eksport dan penemuan lokasi Silver China.
Sebab harga silver bakal naik:
i. Letusan industri melibatkan bahan silver masih mendapat permintaan dunia secara berterusan.
ii. Keperluan silver untuk elakkan negara terikat dengan matawang USD.
iii. Peperangan matawang
iv. Skandal Libor
v. Harga rendah sebagai tarikan pelabur.
Jika sudah yakin, dimanakah kita boleh mendapatkan produk berkenaan. Pendita Emas hanya cadangkan sahaja, mahu ikut atau tidak sila patuhi perniagaan jual-beli silver mengikut hukum syaraq yang sebenar.
i. Buat jual-beli silver fizikal.
Apa perlu kita sediakan diri untuk bekalan kita.
a. Pastikan menjadi orang terawal dalam pelaburan silver secara aktif.
b. Jangan terlalu memilih jenama pengeluar produk.
c. Pastikan harga setiap gram masih berada di bawah nilai sebenar.
d. Pastikan kita mudah mendapatkan dan menjual kembali silver dengan melihat spread harga jual-beli terlebih dahulu. Ini penting untuk kita dalam keadaan kesegeraan dalam membuat perlindungan nilai kerugian
e. Pastikan terdapat 360 darjah silver mudah didapati dan mudah diterima oleh masyarakat.
f. Bersedia dengan ilmu pelaburan silver semasa.
g. Mempunyai hala tuju yang jelas terhadap jual-beli silver yang melibatkan silver fizikal.
ii. Buat urusniaga silver atas kertas. Duduk diam dengan mengharapkan keuntungan berlaku dengan kenaikan harga silver.
Pilihan Produk ini:
a. Pelaburan atas kertas melalui bank. Contohnya:
Maybank Silver Investment Account | ||
DATE | SELLING (RM/g) | BUYING (RM/g) |
5-Jun-13 | 2.35 | 2.13 |
Last update : | 05-Jun-13 at 02:37:33 PM |
Kelebihan bentuk ini.
i. Boleh dibeli dan dijual di kaunter pada bila-bila masa.
ii. Harga masih rendah dan mampu untuk dibuat pelaburan.
No comments:
Post a Comment