PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN
Salam,
Ramai pelabur mewar-war sebelum ini bahawa emas sebagai pelindung nilai terbaik ke atas naik turun nilai matawang apabila inflasi berlaku.
Maka dengan gumbiranya mereka termasuk Pendita Emas melaung-laungkan emas boleh memberi pulangan setiap tahun sekurang-kurangnya sekitar 20% sehingga 30%.
Carta : Kenaikan harga emas Parabolic menceriakan pelabur emas mulai tahun 2008 hingga September 2011
Penceritaan setiap otai-otai berkenaan ada kebenarannya apabila harga emas mengalami kenaikan harga yang kita panggil patern parabolic iaitu naik dan naik memanjang mulai tahun 2008.
Walau bagaimanapun, pelabur baru yang dimomokkan dengan kefungsian yang dinyatakan telah berubah serta merta, berasa panik dengan keadaan tingkahlaku pergerakan harga emas terkini indah khabar dari rupa apabila sejak Januari 2013 sehingga posting ini ditulis, harga emas membentuk patern sebaliknya.
Carta: Tingkahlaku harga emas Januari hingga Jun 2013
Harga emas terus menjunam sehingga sekarang dengan semua pelabur merasa tidak pasti bilakah harga emas terakhir yang terendah berhenti untuk kita kenali sebagai "pembetulan harga emas".
Kita menanti apabila tiba pada bulan Februari 2013, ada penurunan dan ada kenaikan maka kita anggap harga emas sudah memulih kembali terutama kekal sehingga bulan Mac 2013.
Menjelang April 2013, Mei 2013 dan Jun 2013 secara berturutan harga emas terus merudum
Almaklumlah bermula berada pada paras harga puncak USD1923 pada September 2011, tiba-tiba terus menyusut sehingga ke paras USD1269
Mengapa perlu kekal menyimpan emas fizikal?
1. Kita follow pilihan pakar pelaburan John Poulson.
John Poulson masih mengekalkan pegangan saham SPDR Gold dengan kod GLD walaupun telah mengalami kerugian sebanyak $630 million.
"Right after the gold crash, hedge fund manager John Paulson had a particularly rough time explaining his losses. The legendary investor, who made a big increase in his gold position late last year, held 21.8 million shares of the SPDR Gold Trust (GLD) in August 2012. This position alone made up approximately 44% of his company’s assets.
At that time, gold was around $1,600/ounce and GLD was around $160. In April alone, Paulson saw $300 million disappear from his fund in just a few days, as gold took a steep nosedive. Now, the precious metal is hovering around $1,375/ounce with GLD at $132. Since making the jump to hold nearly 22 million shares of GLD late last year, Paulson’s position in the gold ETF has been subjected to losses of $630 million. To the surprise of many, Paulson has stated that he will not be closing his gold fund, as he still sees a viable upside for gold over the long term."
2. Harga emas masih belum berhenti mencari harga terendah untuk dijadikan sebagai pembetulan harga emas.
Harga emas masih belum berhenti untuk membentuk jeram harga yang baru. Ini bermakna harga emas masih terus memiskinkan nilai emas yang kita miliki. Kita biarkan sahaja penurunan harga emas berterusan untuk tempoh satu atau dua bulan lagi baru kita merasa kelegaan ke atas harga emas.
Jika ini berlaku kita semua akan menikmati harga emas bakal melepasi USD2000/aun atau USD3000/aun.Ini adalah pendapat Pendita Emas sendiri.
No comments:
Post a Comment