Saturday, June 1, 2013

Tahniah saham VGMC untuk CPS Gold. CPS Platinium dan CPS Silver bakal masuk IPO September 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,
Pengumuman korporat VGMC pada 1 Jun 2013

Satu pengumuman korporat dari VGMC bahawa ketika ini login ke laman web VGMC dan AGMAC gagal dilakukan atas urusan pengauditan luaran. Secara umumnya pihak company juga telah menyatakan bahawa semua pakej CPS bakal terlibat dengan pengapungan saham dengan setiap saham akan berada sekitar USD3.00 hingga ISD4.50 pada bulan September 2013.

Setiap yang diumumkan ada yang tersurat (bertulis) dan tersirat (tidak dinyatakan dengan jelas). Pada pendapat Pendita Emas untuk yang tersirat akan terjadinya hal ini disebabkan oleh pihak company sedang mengalami situasi:

i. Pelaburan ke atas komoditi emas, platinium dan silver mengalami kejatuhan secara berterusan memaksa pihak company perlu menampung kerugiannya melalui wang segar (wang pelabur dalam pasaran saham). Segera IPO maka segeralah masuk wang segar kerana selepas itu saham akan mengikut harga pasaran.

ii. Melupakan seketika membuka platform trading platinium yang sepatutnya diumumkan pada  bulan Mei 2013 (seperti fijanjikan selepas penutupan platform berkenaan). Ini kerana semua pemegang saham CPS-Platinium ternanti-nantikan paltform dijanjikan.

iii. Penukaran saham option kepada saham AGMAC sebenarnya kurang mendapat sambutan. Statment kepada mana-mana pelabur yang mahu menukar saham optian pada kadar $0.58 masih dibuka sehingga akhir tahun 2013 ketika keluarnya info pemindahan semua saham AGMAC ke dalam akaun vgmc masing-masing. Apabila tiba-tiba keluar statement bahawa tarikh ke IPO pada September 2013 pada sidang akhbarnya pada 1 Jum 2013, kita sudah boleh dapat tangkap dan membuktikan bahawa segala maklumat yang diberi kepada semua pelabur tiada ketetapan yang jelas tetapi mengikut keperluan company.



iv. Gesaan oleh suruhanjaya pengawal kewangan dari British Virgin Island berkenaan supaya pelabur berhati-hati ke atas AGMAC juga menjadi penyebab kepada kesegeraan membuka IPO VGMC dengan kadar segera yang dijangka pada September 2013. Kes ini menjadi sebab utama kenapa rumah saham AGMAC telah dikosongkan dan akaun CPS-Gold yang lama menjadi rumah penyimpanan stok saham option dan AGMAC.



v. Kesegeraan ke IPO juga ada kaitan dengan MOU antara BVI dan Eropah memandang pulau ini termasuk Pulau Cayman merupakan lokasi aman tempat penyimpanan wang pelabur dari seluruh dunia.


Pendita Emas mengucapkan tahniah kepada semua pelabur VGMC yang terlibat. Pendita Emas hanya menantikan VAD sahaja ke atas saham option yang tetinggal.

Ini bermakna sesiapa yang telah membuat unsubscribe akaun Platinium dan Silver masing-masing kenalah tunggu masa lagi sehingga keluarnya info-info terkini.

Sesiapa yang mempunyai kredit berjuta-juta dolar sekarang mengalami nasib seperti pada 1 Oktober 2012 yang lepas apabila tarikh withdrawal pada 1 Jun 2013 untuk bonus CPS-Platinium dan CPS-Silver gagal untuk dilaksanakan manakala yang dibuat pada bulan Mei 2013 akan dipulangkan semula gara-gara pengauditan dilaksanakan kecuali apa yang diperkatakan bahawa 50% daripada nilai ditukar kepada RM akan bahagialah kita.

Jika tidak kita tunggu apa jadi dengan kredit yang terapung dalam akaun masing-masing. Maka hati pelabur-pelabur yang tergoda dengan saranan otai-otai lama pasti membengkak yang memburu keuntungan dengan kemasukan ahli baru. Bukan lagi bengkak, muka menjadi biru pucat terutama yang baru masuk dengan modal beratus ribu dan belum pernah merasai lagi walaupun satu sen kredit dari pelaburannya.

Kepada pelabur-pelabur yang mengikut saranan Pendita Emas untuk unsubscribe sedari awal dengan pilihan dapat untung 4 hingga 5 bulan kemudian unsubscribe  rasanya telah merasa bahagia disebabkan dah dapat untung, modal asal pula telah bertambah menjadi USD0.60 sesaham.

Kepada pelabur yang mengejar keuntungan lebih dengan membuat refund semula, Pendita Emas ucapkan selamat berjaya dengan pengumuman yang bakal diumumkan pada 5 Jun 2013 nanti.

Apa-apapun Pendita Emas yang masih bertahan dengan saham option yang dilahirkan melalui saham CPS-Gold (dengan harga asas USD1.70/sesaham ) mengharapkan keputusan dibuat bakal menguntungkan kita semua.

Kita tunggu, jika ada rezeki kita akan menikmatinya. Insyallah. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Perlu dibaca bersama supaya dapat mengikuti kes ini sepenuhnya.
http://penditaemas999.blogspot.com/2013/05/mengapa-agmac-tendang-semula-saham.html

No comments: