PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA
JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN
Salam buat semua mantee,
USD1200/aun merupakan satu petikan harga emas yang baru dicadangkan oleh kebanyakan pakar dalam posting harga emas pada 20 Jun 2013 terutama emas 999(24 K).
Market Nuggets: Chinese Economic Data Adds To Bearish Markets' Tone; $1,200 Gold Possible – RJ O'Brien Thursday June 20, 2013 8:18 AM
In addition to the price weakness caused by Federal Reserve Chairman Ben Bernanke’s comments, Janet Mirasola, managing director metals for RJ O’Brien, says poor Chinese economic data piled on the pressure. The HSBC Flash Manufacturing PMI for China fell to 48.3 in June below analysts’ estimates of 49.1 and May’s reading of 49.2. With gold’s break under $1,300, the next short-term support is $1,250. “We cannot rule out a try for $1,200 if momentum continues in this dramatic fashion. Gold has divorced itself from its currency persona and if it reverted back to full commodity status then there is no reason to believe that it cannot make a try for $1,200,” she says.
Sejarah harga emas drop pada April 2013 secara teknikal menjadi catatan terkini:
"Technically, the gold market took a major bearish hit Thursday by dropping to a 2.5-year low, and importantly dropping below what was a very important chart support level at the April low of $1,323.00. Now, the door has been opened wide for more technical selling pressure in gold in the near term. The next major, longer-term downside price targets are $1,227, and then at $1,100 and then at $1,027 for nearby Comex futures. August gold futures prices are in an eight-month-old downtrend on the daily bar chart. The gold bulls’ next upside near-term price objective is to produce a close above solid technical resistance at the May low of $1,338.00. Bears' next near-term downside breakout price objective is closing prices below solid technical support at $1,250.00. First resistance is seen at $1,300.00, at the April low of $1,323.00 and then at $1,338.00. First support is seen at Thursday’s low of $1,281.60 and then at $1,275.00. "
Sumber : http://www.kitco.com/news/2013-06-20/KitcoNews20130620JW_PM.html
Benarkah ia munsabah?
Jawapan Ya.
Kepada Pelabur baru: Ya, kita boleh katakan munasabah untuk pelabur baru yang baru berjinak dengan pelaburan emas fizikal.
Jawapan Tidak.
Buat pelabur lama: Waduh ia merupakan sesuatu perkara luar biasa kerana mereka telah merasai kehangatan harga emas yang melonjak sehingga keluk harga emas membentuk patern parabolic, tetiba tanpa disangka-sangka harga berkenaan gagal dipertahankan seperti peribahasa kita "kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari".
Keduanya semua ramalan yang dibuat oleh pakar-pakar pelaburan komoditi emas semuanya tersasar yang dikatakan harga emas bakal melonjak kep paras USD2000/aun, USD3600/aun dan paling tinggi USD5000/aun. Target-target tersasar ini telah memusnahkan harapan kebanyakan pelabur emas jangka panjang.
Ketiganya kita semua belum pasti dan degupan jantung kita sentiasa berdegup kencang apabila harga emas yang terus merudum masih belum menemui titik noktah pada paras harga sokongan manakah harga emas bakal membuat reveaseal uptrend yang genuine. Jika sehingga ke paras USD1000.00 nilai emas sebenarnya merupakan satu simpanan plastik apabila keadaan nilai sebenarnya telah dikalahkan oleh kepingan saham yang tidak bernilai secara psikologinya.
Keempatnya ia bakal mengecewakan kebanyakan pelabur emas fizikal baru apabila terpengaruh dengan dakyah agen-agen pelaburan emas mengatakan emas akan naik dalam purata 30% seolah-olah indah khabar dari rupa.
Kelimanya secara psikologinya ramai pelabur emas fizikal akan keluar dari segmen pelaburan emas jangka panjang. Segmen pelaburan lain akan menjadi pilihan. Ramai pelabur akan membuat muhasabah diri bagi memilih pelaburan baru.
Terkini pada tanggal 21 Jun 2013 dalam lingkungan jam 9.00am , harga terendah telah dirakamkan pada paras USD1269/aun.
Apa akan jadi dengan harga emas jika bakal bertahan sekitar USD1200/aun sepanjang bulan Jun dan Julai 2013.
a. Emas mengalami susut nilai dari segi harga.
Kekayaan yang sedia dimiliki dalam emas fizikal bakal menyusut sekitar RM35 hingga RM80.00 bagi setiap gram. Hal ini disebabkan kebanyakan pelabur yang teruja untuk menyimpan emas fizikal sebagai alat pelaburan jangka panjang ketika itu harga emas berada dalam kitaran harga RM200.00/gram.
Pada peringkat harga RM200/gram jika pemilik emas fizikal mendapat harga RM190/gram mereka akan mengalami defisit sekitar RM60.00/gram apabila mahu melepaskan emas fizikal kepada agen lama mengikut harga RM130/g(buyback). Jika mahu menjualnya sendiri mengikut harga pasaran terpaksalah membuat tawaran harga yang boleh dipersetujui oleh semua pihak. Jika mampu menjual dalam harga RM155/gram maka tetap ada kerugian sekitar RM35.00/gram.
b. Emas dalam pajakan bakal terlelong semuanya.
Kepada pembeli emas fizikal yang mengamalkan konsep 30(modal tunai)-70(modal arrahnu) pasti mengalami kesan yang sangat parah. Ini disebabkan harga emas yang dibeli berdasarkan harga yang ditetapkan oleh pemajak. Sebagai contoh kepada pelabur yang membeli sekitar bulan Ogos, September dan Oktober 2011, Arrahnu Agrobank menawarkan pajakan emas 999 pada harga tertinggi RM206/gram.
Kini harga telah menyusut sekitar RM153/gram (harga Jual) dan RM115/gram(harga belian balik) telah menjadikan nilai RM emas menyusut sebanyak RM53-RM91/gram dan belum ditambah dengan kos upah. Jika 100gram harga menyusut sebanyak RM530.00-RM910/g dan jika 200 dan 300g tentu lebih besar nilainya.
No comments:
Post a Comment