Salam buat semua mantee Pendita Emas,
Harga bulan Mac 2013 dianggap oleh kebanyakan spekulator dan pelabur emas bahawa harga pembetulan sudah mencapai paras terakhir harga pemulihan apabila harga berlegar pada paras (USD1561-1671). Sehingga pada awal April 2013 harga emas menunjukkan peningkatan.
Namun semua itu berakhir dengan satu tragedi apabila pada bulan dianggap menjadi bulan kenaikan harga emas, ia menjadi bulan memiskinkan pelabur emas apabila tanpa disangka-sangka harga emas terus menyusut ke paras USD1324/aun.
Terbaru pada 21 Jun 2013, kemiskinan pelabura emas masih berterusan apabila harga emas terus menyusut dalam zon harga USD1200 iaitu paras terendah USD1269/aun.
Punca Kejatuhan harga emas Sepanjang bulan Jun 2013
a. Kesan aktiviti ekonomi globai (USA)
i. Jangkaan inflasi US mulai berada pada paras terendah di bawah 2.0
ii. Hasil Perbendaharaan 10 tahun US berada dalam keadaan tinggi
iii. Dolar US sudah menjadi lebih kukuh berbanding matawang pesaingnya
iv. Minat pelabur memilih emas sebagai pelaburan jangka panjang terus melemah.
v. Pelabur sudah mengalihkan peggangan saham lain berbanding emas
vi. Jangkaan FED untuk mula mengurangkan program pelonggaran kuantatif 80 billion membeli bond.
Kesimpulannya: Oleh kerana kenaikan harga emas pada tahun- tahun 2010 dan 2011 dan 2012 pengaruh utama didorong oleh program rangsangan QE3, seterusnya kejatuhan harga emas disebabkan jangkaan FED mula mengurangkan program ransangan tersebut bermakna apa-apa sahaja data dalam minit mesyuarat FED yang akan membincangkan program pelonggaran pada bulan-bulan selanjutnya bakal menpengaruhi pergerakan harga emas sehingga ke paras USD1000/aun. Bila berlaku bergantung kepada bulan-bulan yang memaparkan perbincangan minit mesyuarat FED.
b. Kesan aktiviti ekonomi global (China)
i. Kerisauan tentang kecairan kewangan pinjaman di China turut menjejaskan pergerakan harga emas yang positig. Hal ini menyebabkan kemudahan pinjaman sebelum ini bakal mengalami pelbagai sekatan contohnya dari segi had jumlah pinjaman dan kenaikan kadar faedah dan segmen atas pinjaman yang ditetapkan untuk diluluskan.
No comments:
Post a Comment