Saturday, April 16, 2011

Benarkah USD1500 menjadi paras harga emas yang baru penghujung April 2011

Salam semuanya,

Pada hari ini PE ingin membicarakan perjalanan harga emas yang terkini bagi pasaran antarabangsa dan tempatan. Pergerakan harga antarabangsa dan pasaran tempatan sebenarnya menyokong antara satu sama lain. Ini membolehkan harga emas terus stabil walaupun berlaku inflasi di sana sini.

Kita semua tahu, bahawa harga emas dunia ditentukan oleh penawaran (emas lombong, Bank Pusat, emas terpakai) dan permintaan (bank pusat, barang kemas, dan industri) yang dikendalikan oleh lima anggota Pasaran Emas London (London Gold Market) terkemuka. Namun tindakan mereka mengikut juga kitaran perubahan ekonomi bagi setiap suku tahun semasa.

Mereka terdiri daripada Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank . Mereka berlimalah yang akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

Persoalannya benarkah harga emas akan berada pada level USD1500 penghujung bulan April ini?
Bagi menjawab persoalan ini, PE menjawab terlebih dahulu dengan jawapan ya. Jawapan PE adalah seperti berikut:

1. Harga emas USD1500 memang sudah ada pada perancangan lima anggota London Gold market. Ia cuba meningkatkan sedikit demi sedikit supaya kenaikan harga emas tidak terlalu mendadak dan akaun pelabur emas dapat diurus tadbir dengan berkesan akibat dari perubahan harga ini.

2. Kepercayaan PE berdasarkan kepada naluri ke-6 yang tetap menyatakan bahawa harga emas tetap aka naik pada paras melebihi USD1550 secara konsisten sejak akhir tahun 2010 yang PE gambarkan dalam tag berikut :



Tambahan PE tetap mengekal harga sasaran PE yang dibuat pada minggu lepas (12/4/2011 hingga 16/4/2011) walaupun hanya pada malam terakhir minggu ini dapat dicapai pada harga USD1487.22 sebagai berikut:



Dan ditutup pada harga berikut:



Harga sasaran PE pada minggu ini masih tetap kepada harga berikut:

Harga pembukaan 19/4/2011:USD1486.40
Volume kenaikan harga ditarget :melebihi USD30
Harga sasaran minima :USD1516
Harga sasaran tertinggi :USD1526
Harga sasaran bonus :USD1530
Harga sasaran bonus tertinggi : USD1530
Sasaran rekod harga minggu ini:USD1508
Harga penutupan 24/4/2011: USD1515

17 April 2011 USD1486.40
12 April 2011 USD1475.00
1 April 2011 USD1428.00

3. Penerusan kenaikan harga emas semasa yang berterusan bermula pada 1 April 2001 (USD1428) meningkat naik hingga ke paras USD1475 (8/4/2011)(naik sebanyak USD47 walaupun pada asalnya PE target USD20 sahaja). Seterusnya menerjah harga USD1487(15/4/20110) yang kini ditutup pada USD1486.40 (16/4/2011)


Kesimpulannya, berdasarkan kepada analisis berikut, PE yakin pada minggu ini harga yang diharapkan sejak November 2010 akan menjelma pada hari-hari 19/4/2011 hingga 24/4/2011.

Jika melepasi harga sasaran PE, itu semuanya hanya kebetulan sahaja kerana harga emas dunia ini semuanya ditentukan oleh 5 pemain pasaran emas dunia yang telah PE nyatakan.

1 comment:

noriz said...

assalam....saya tertanya-tanya apakah akan terjadi sedikit correction pada minggu ini...