Monday, April 11, 2011

Harga ranting patah Dan Pola Pergerakan Harga awal pagi 12/4/2011



Salam,

Harga ranting patah (line hijau) pada pagi ini 12/4/2011 menjunam ke paras USD1456, satu kejatuhan harga yang sudah dijangkakan oleh pendita tetapi tidaklah sampai melepasi bawah daripada paras USD1460.

Lihat sahaja harga emas pada awal pembukaan minggu 11/4/2011 mengikut paras aliran harga di atas USD1470(line merah). PE mengharapkan pergerakan harga menaik ke atas. Tetapi berlaku sedikit penurunan.

Kemudian harga emas seperti kebiasaannya, pada analisis yang PE lakukan sebelum ini, harga emas kembali normal untuk membentuk pantulan harga emas berlawanan dengan line harga emas 3 hari sebelum ini (line biru) membentuk patern baru (hijau).

Persoalannya adalah sasaran harga PE pada minggu ini akan menjelma seperti target harga emas minggu lepas?. Rasanya ia akan muncul juga. Cuma patern minggu ini berlainan sedikit iaitu bermula pada harga tinggi kemudian menurun sedikit dan akan memantul semula dipertengahan minggu. Jika dikekalkan pada harga tinggi pasti tiada permintaan dari pasaran terbuka.

Harga sasaran PE pada minggu ini masih tetap kepada harga berikut:

Harga pembukaan :USD1475
Volume kenaikan harga ditarget:melebihi USD20
Harga sasaran minima :USD1495
Harga sasaran tertinggi :USD1508
Harga sasaran bonus :USD1512
Harga sasaran bonus tertinggi : USD1515
Sasaran rekod harga minggu ini:USD1508

Pola Pergerakan Harga Pagi Ini

Keterangan
Line biru line masa setiap 30minit
line merah harga menurun
line kuning harga menaik


No comments: