Tuesday, April 5, 2011

TAK NAK CAKAP BANYAK HARGA EMAS MELEPASI HARGA MINIMA USD1450 PADA MALAM INI (5/4/2011)

Salam,

Alhamdulillah, seperti yang telah PE bicarakan sebelum ini bahawa sasaran harga PE melepasi USD10 daripada USD1428 dan sasaran melepasi harga minima PE pada USD 1450 nampaknya telah membuahkan hasil seperti yang diharapkan dan saham emas PE pada USD1437 telah mendatangkan keuntungan sebanyak USD13 bagi setiap aun yang dijual pada USD1450.


Orang kata jangan tamak, hadir sahaja harga yang diharapkan jual sahaja kerana USD1450 adalah harga minima yang PE tetapkan akan hadir pada hari Selasa atau Rabu. Nampaknya ia menghadirkan diri pada penghujung malam hari Selasa.



Kini harga emas semasa naik lagi melepasi USD1454. Wow ada harapan harga sasaran PE yang tertinggi pada paras harga USD1465 akan sampai jua akhirnya.

Kita nantikan pada awal pagi ini bagaimana patern harga emas semasa. Jika mengekalkan paras USD 1454, ada harapan harga akan meningkat naik lagi pada esok hari.

Berikut harga saham emas baru yang PE mahu kerjakan pagi ini.


Harga emas menghampiri harga belian. Pagi ini kita akan buat keuntungan.

No comments: