Sunday, April 24, 2011

Apa dia deflasi?

Salam,

Posting hari ini 10:34am, 25/4/2011 saya mahu menbicarakan tentang Deflasi.

Menyentuh tentang deflasi, apa benarkah sesebuah negara akan mengalami keadaan demikian pada minggu ini seperti yang dicanangkan oleh penganalisis ekonomi jiran negara kita Indonesia pada komentarnya minggu lepas.

Jika benar itu sudah menjadi satu keadaan yang menakjubkan. Harga barangan asas yang tidak tertawan oleh kuasa beli kita telah menunduk untuk dicantas oleh pengguna. Wow, satu spekulasi yang menarik iaitu deflasi dikaitkan dengan penawaran barang keperluan asas melebihi permintaan semasa.

Tetapi PE rasa, apa yang diperkatakan oleh penganalisis ekonomi dari seberang nampaknya ada kebenarannya. Penawaran bahan makanan asas telah melebihi permintaan. Lihat sahaja harga sayur-sayuran dan daging serta ikan di pasar KipMart Pasir Gudang. PE mengambil contoh tinjauan ayam yang telah menjadi menu utama masyarakat kebanyakan mendapati harganya telah menurun dari harga puncak RM8.60 minggu lepas kepada RM5.50. pada hari Ahad (24/4/2011)

Faktor berlakunya deflasi disebabkan :

1. Penternak, petani dan pembekal sebenar telah menghadapi masalah tersasar dalam percaturan pengeluaran dengan harga semasa yang tinggi. Akibatnya berlaku lambakan penawaran ke atas barang makanan.

2. Pengurangan pembelian barangan makanan asas oleh pengguna juga merencatkan pemgambilan untung berlebihan sebelum ini kepada situasi penjualan mengambil kos pengeluaran sahaja.

3. Penyimpanan stok berterusan oleh pengguna atas kesan inflasi selama empat bulan sebelum ini merupakan kesan akibat dari perubahan psikologi pengguna samada dari pihak peruncit maupun pihak kerajaan yang gagal mengawal kenaikan harga makanan asas.

Keadaan ini sangat sukar untuk memulih dalam masa terdekat. Ini bermakna deflasi akan dialami selama sepurnama. Akibatnya menyukarkan barangan/produk yang baru dikeluarkan mendapat harga yang baik di pasaran.

Justeru itu kita jangan terkejut tiba-tiba nanti akan kedengaran suara sumbang persatuan penternak dan petani meminta kerajaan menaikkan harga siling sesuatu barangan makanan asas bagi menstabilkan harga di pasaran terbuka atas alasan kenaikan harga minyak semasa telah meningkatkan kos baja, makanan penternakan, kos pengangkutan atau upah buruh.

Walhal dalam bulan Januari hingga April 2011, mereka telah menikmati keuntungan berpanjangan selama empat bulan penuh ketika dikatakan inflasi berada pada kadar 2.6%. Ketika ini. adakah mereka menerima permintaan harga ayam yang dijual ditolak kepada pengguna dengan harga terdiskaun 20%. Mereka katakan semua kos telah naik.

Cuma ironinya siapa memainkan sesiapa. Kita semua maklum harga yang dinaikkan bagi menampung kos pengeluaran merupakan satu tindakan yang diambil oleh pihak pengeluar sendiri. Hanya mereka yang mahu harga berada ditahap yang dikehendaki melampau daripada harga barangan sebenar.

Deflasi sebenarnya berlaku apabila mereka membuat percaturan yang yang salah. Harga barangan yang tinggi sebenarnya datang dari pihak pengeluar. Harga yang tinggi menyebabkan ahli-ahli mengambil peluang untuk menambah pengeluaran demi mengejar harga inflasi. Tetapi target mereka tersasar menyebabkan produk mereka terpaksa dijual dalam bentuk selonggok RM1.00 sahaja berbanding sekilo RM6.00 sebelum ini.

No comments: