Wednesday, April 27, 2011

YE HAAA HARGA SASARAN PE PADA 24/4/2011 DILEPASI AWAL PAGI, HARGA MENCECAH LEBIH USD1530.30 MULAI JAM 1:55AM PADA 28/4/2011

Salam,

Awal pagi ini, mulai jam 12.00am tanggal 28/4/2011 bagi kawasan Johor, Malaysia PE sengaja tidur lewat untuk memantau pergerakan harga emas semasa. PE cuba melihat bagaimana pergerakan harga ramalan pakar-pakar pelaburan emas.

Sehingga PE terpengaruh membuat posting pada 26/4/2011 harga emas mula melemah. Sebenarnya posting tersebut merupakan sokongan PE atas ramalan mereka walaupun PE mempunyai rakaman harga ramalan PE sendiri. Klik Sini

Alhamdulillah harga emas nampaknya memihak lagi kepada ramalan harga yang PE buat pada 24/4/2011. PE senaraikan semula harga emas yang PE cadangkan pada minggu ini mulai 26/4/2011 hingga 30/4/2011 pada 24/4/2011 sebagai berikut:

Harga tertinggi pada 21/4/2011 = USd1512.50
Harga Penutupan pada 21/4/2011 =USD1507.70

Harga permulaan 25/4/2011: USD1507.70.50
Harga sasaran PE minima : USD1522.50
Harga sasaran PE medium : USD1527.50
Harga sasaran tertinggi : USD1530
Harga sasaran bonus : USD1550
Volume kenaikan harga : USD25.00
Sasaran rekod harga minggu ini : USD1522
Harapan harga penutupan mingguan : USD1527

Terkini, harga semasa emas dapat dinyatakan sebagai berikut:

a. Harga sasaran minima PE :USD1522.50 telah dipecahkan dan diatasi setakat jam 3.53am sejauh USD1529.30(Bid) dan lebih USD1530(Ask)

b. Harga sasaran medium PE: USD1527,50 telah dipecahkan juga setakat jam 3:53 sejauh USD1529.30 dan USD1530(Ask)

c. Harga sasaran tertinggi PE: USD1530 telah tercapai mengikut harga Ask di atas.

d. Volume kenaikan harga terkini : Lebih USD21.00


e. Sasaran rekod harga minggu ini :USD1522 telah pecah dilepasi pada paras USD1529.30 dan USD1530(ask) setakat jam 3:54

f. Harapan harga penutupan mingguan :USD1527 rasanya akan diatasi insyallah

g. Harga sasaran bonus PE:USD1550 akan menyusul seketika nanti.

Mengapa PE kata sasaran PE mengena?

ini disebabkan PE sanggup membuat bid harga emas semasa pada harga tinggi seperti di bawah ini. Jika berani bertindak barulah namanya pelabur genuine. Semua tindakan perlukan ilmu emas di dada. Jika sudah buat sendiri, barulah boleh cerita pengalaman dengan betul pada rakan-rakan.

Harga dibid menjunam pulak.

Bid harga terbaru.





Keuntungan ke atas bid harga emas semasa.




Permulaan letusan harga emas yang membahang pada awal pagi ini sehingga memenuhi harga citarasa PE pada minggu ini.

No comments: