Thursday, April 7, 2011

WOW, HARGA EMAS SEMASA MENGHAMPIRI HARGA RAMALAN MAKSIMA MINGGU INI USD1465.00 KINI PADA USD1462

Salam,

Alhamdulillah, harga emas pada hari ini lebih dominan daripada harga saham semasa dan tukaran wang asing.



Dugaan Pendita Emas nampaknya tidak meleset di atas harga harapan yang PE sasarkan iaitu harga minima USD1450 telah dilepasi bermula pada USD1428 di awal minggu.

Kini harga sasaran maksima USD 1465 juga sedang dihampiri dengan harga sudah melepasi USD1462.



Wow, memang minggu ini merupakan satu minggu yang menyaksikan harga emas naik secara ekstrim seperti yang Pendita Emas canangkan pada hari Isnin (4/4/2011)

Mungkin ada kebetulannya bahawa bulan April adalah musim permulaan bagi suku kedua pergerakan ekonomi sebagai pilihan pergerakan harga emas yang paling menarik sdan paling tinggi.

Secara analisis, PE dapat menggariskan beberapa perkara sebab kenaikannya:

1. Setiap akhir tahun dan awal tahun baru, semua syarikat mengeluarkan dividen dan cerita mengenai keuntungan syarikat serta pengeluaran saham-saham terbitan yang baru di atas persikataran ekonomi yang dikatakan mantap. Maka instrumen saham dilihat sebagai memberi pulangan paling lumayan dalam bentuk wang fiat. Pelaburan ke atas emas dilupakan seketika.

2. Faktor tumbangannya beberapa regim dunia arab, kemusnahan dunia yang dilakukan oleh manusia dan ditambah dengan meningkatkan faktor-faktor bencana alam di luar kawalan manusia, telah mengubah senario iklim ekonomi dunia. Keadaan ini telah mempengaruhi pasaran saham semasa. Wang pelaburan ditarik keluar oleh kebanyakan pelabur luar terutama yang berhampiran dengan kawasan trajedi. Ini menyebabkan wang palaburan perlu dipindahkan kepada instrumen pelaburan emas dunia.

3. Laporan-laporan sepanjang suku pertama yang menyentuh tentang kebaikan melabur dalam bidang logam emas dan perak dalam media-media masa oleh pelbagai pihak membuka mata banyak pihak. Emas penyelamat aset manusia bila berlaku bencana memberikan bukti yang nyata. Lihat sahaja kes di Yaman, Mesir, dan negara lain sebelum ini yang terlibat dengan kekecohan dan peperangan emas menjadi aset utama dibawa keluar ke negara yang aman.

Atas alasan yang PE nyatakan, menyaksikan pelaburan emas meningkat naik secara tiba-tiba.

Sebagai seorang trading emas tentu anda merasa puas dan seronok, jika belian saham emas anda memberi pulangan yang menarik. Itu pun bergantung kepada ketepatan pilihan masa belian dan ramalan harga yang kita tetapkan pada masa depan.

Alhamdulillah, bagi PE semasa sedang sibuk mengedit laman web Pendita penditaemas.page4.me harga emas telah jatuh walaupun tidak menepati harapan harga terendah PE sekurang-kurangnya pada USD1450. Pada paras harga USD1454 dan harga belian pada tingkat USD1455, tanpa berlengah PE bertindak membeli beberapa unit saham dan biarkan seketika.

Jam 18:00 PE lihat harga emas telah naik semula secara mendadak. Biarkan seketika dan berikut adalah amount yang PE perolehi dan terus jual kesemuanya.






Berikut pendapatan berdasarkan jualan saham emas yang telah PE lakukan sebentar tadi. Oklah untuk main-main sahaja.

No comments: