Monday, April 18, 2011

Harga Menuju USD1500 pagi ini. Ya ke PE?






Salam,

Berdasarkan kepada lakaran keluk pergerakan harga, rasanya ia sudah menunjukkan sifat yang genuine dan lengkap bahawa harga emas pasaran antarabangsa semasa akan berada pada puncaknya menjelang atau awal pagi 19/4/2011.

Harga sasaran PE berdasarkan kepada:

1. Gerak hati PE merupakan pacaindera keenam berkata bahawa harga sasaran PE akan melepasi USD1500 atau USD1505 pada malam ini, kemudian ia akan menyusut di pertengahan minggu iaitu pada hari Selasa, sebahagian hari Rabu tetapi jangan terkejut terkaman harga baru bisa mengecewakan sesiapa sahaja yang memperlekehkan pergerakan harga mingguan nanti.

2. Garis harga menunjukkan momentum pergerakan harga memihak kepada bull price berbanding bear price. Kekuatan bull price masih dipengaruhi sentimen pasaran saham yang lembab, sisiogio yang huruhara, kenaikan harga minyak dan situasi Timur Tengah yang masih belum reda. Ditambah lagi dengan kenaikan inflasi di merata negara menambahkan lagi momentum pergerakan harga emas semasa.

3. Ia ditambah dengan pergerakan harga masih tetap memihak kepada sasaran harga emas yang telah dipukul canang oleh kebanyakan pihak yang mahukan pergerakan harga emas berada pada jajaran harga semasa di paras USD1500. Walau bagaimanapun harga emas sebenarnya akan melebihi USD1500 pada akhir minggu dalam bulan April nanti.

4. Keberanian PE yang tetap membeli unit saham yang berada pada aras yang tinggi juga menjadi ukuran bahawa harga emas akan menerjah dan melampaui harga sasaran PE pada minggu ini.

Yang penting harga emas telah melepasi harga psikologi PE pada level USD1490 pada paras harga USD1498. Hanya tinggal USD2 sahaja akan menyamai dan melepasi USD1500. Kita saksikan bila akan berlaku perubahan harga ini. Moga sasaran harga PE menyamai harga kenaikan yang ada dalam simpanan 5 watak utama dalam pasaran emas London.

Ternyata pergerakan harga emas semasa mengikut lakaran harga emas PE. Tanda-tanda harga membuat take-off sedang bermula dan bakal membuat jumping price yang menarik.



Harga emas mula bergerak sedikit.

No comments: