Saturday, May 18, 2013

SEDIH, SUKA DAN BIMBANG HARGA EMAS TERUS MENJUNAM UNTUK BEBERAPA BULAN LAGI.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Pendita emas merasa sedih, suka dan bimbang dalam pelaburan emas pada tahun 2013.


SEDIH

Sedihnya apa bila mendapati harga emas terus merudum menenggelamkan harga kos belian emas fizikal sepanjang tahun 2011 dan 2012 dimanaa sehingga kini harga emas yang dibeli sampai peringkat RM200 segram telah menjunam ke paras RM155 segram. Ini bermakna dalam setiap gram emas fizikal yang dipegang menyusut sehingga RM45.00. Bermakna jika memiliki simpanan emas fizikal 1 kilo atau 1000 gram, kos pembelian kita telah menyusut sebanyak RM4,500.00

Berdasarkan kepada kajian beberapa pakar berkenaan saham melibatkan emas menjelaskan mengapa harga emas bakal kekal mengalami kejatuhan berpanjangan ialah:

i. Tindakan CME menaikan margin deposit tunai sehingga 20% ke atas kontrak masa depan emas bermula 15 April 2013 tercatat dalam minit mesyuarat FOMC membawa tekanan kepada kebanyakan pelabur.

ii. Kenaikan permintaan emas sebelum ini bukan tujuan untuk kegunaan tetapi didorong untuk pelaburan dalam melindung nilai wang yang mereka ada dalam mengelak berlakunya hyperinflasi dan kejatuhan matawang USD.

Apabila nilai USD dan Yuan terus mengukuh menjadikan kebanyakan pelabur telah meningkatkan  pelaburan mereka dalam bentuk nilai matawang.

Pengembangan senario ini menjadikan saham-saham telah memulih seterusnya dapat mengalihkan pelabur dari memegang saham emas kepada saham-saham lain.

iii. Kejatuhan Emas ETF diikuti berlaku ke atas penjualan saham Emas SPDR berterusan. Jika ini berlaku terus-menerus pasti ramai pelabur akan keluar dari ETF. Kesannya kepada harga emas pasti akan kekal berada dibawah harga sebenar.

iv. Kejatuhan saham syarikat royalti emas memberi tamparan hebat kepada harga emas. Contohnya  Royal Gold (NASDAQ: RGLD) sahamnya menjunam sehingga 32% pada awal tahun ini.

v. Pengeluaran menurun oleh syarikat pengeluar emas :

a. Saham Primero Mining (NYSE: PPP) jatuh sebanyak hampir 11% (YTD)
b. Goldcorp (NYSE: GG), unlike Primero, reported in the first quarter of 2013 a drop of 16% in revenues (y-o-y)

SUKA

Suka apabila harga emas terus merudum dari seminggu kepada  minggu yang lain menjadi keseronokan kepada Pendita Emas kerana harga emas telah menjadi mampu milik kepada semua pelabur.

Pilihan emas fizikal telah terbuka. Siapa yang masih mempunyai wang fiat boleh membeli untuk dijadikan simpanan lindung nilai pada masa depan. Walau bagaimana ketekalan dan ketetapan pelabur mengekalkan permintaan bergantung kepada naik turun harga semasa.

Jika kekal merudum harga emas kemungkinan meningkatkan permintaan setiap pelabur akan berkubur. Justeru itu pergerakan harga yang agresif berdasarkan faktor permintaan dan penawaran secara domestik dalam menentukan permintaan terhadap komoditi ini.

BIMBANG

Bimbang pula bila harga emas jatuh secara terus-terusan. Hal ini akan menjadikan emas bakal menjadi seperti barang lusuh sepanjang tahun 2013 iaitu stok yang ada dibeli pada harga tinggi kemudian mahu menjualnya kita mendapat harga emas terpakai.

Tahun 2012 sahaja dalam catatan Pendita Emas, pendita emas membeli emas terpakaipun setinggi RM165 segram. Ini bermakna emas RM165 segram boleh menjadi lebih rendah lagi jika mengikut harga emas semasa.

Permintaan terhadap jualan emas fizikal juga akan menjadi lembab. Ini bermakna target jualan mana-mana pengeluar emas fizikal domestik merudum dan akan terus merencatkan pasaran emas tempatan.

Kepada mana-mana pelabur yang menjadikan emas sebagai aktiviti ekonomi sampingan rasanya tidak merasa apa-apa kesan kerana masih ada pendapatan utama dalam mengharungi kehidupan seterusnya.

Tetapi malang kepada teman-teman yang bertindak nekad berhenti kerja seterusnya bertindak menjadikan perniagaan emas sebagai pendapatan utama.

Apa-apapun harapan Pendita Emas kepada semua pelabur agar sukses dalam kebimbangan. Marilah kita berdoa moga harga emas memberikan sinergi seterusnya.


1 comment:

marria said...

Assalam..agaknya sehingga bulan berapa emas menurun harganya dalam thn 2013 ni?