Friday, May 17, 2013

APAKAH IMPAKNYA HARGA EMAS DROP USD1370 PADA 16 MEI 2013 DAN KAITAN HARGA EMAS SEMASA PADA MINGGU DEPAN (20 HINGGA 24 MEI 2013)?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Alhamdulillah kita masih lagi menerima harga emas mampu milik apabila harga emas dunia masih berada dalam lingkungan USD1370 yang berlaku pada hari Khamis tanggal 16 Mei 2013 telah memberi kesan yang sangat besar kepada harga emas yang menjunam pada hari Jumaat sebagai hari penutupan dagangan emas dunia dalam minggu ini.

Pertamanya impak kejatuhan harga emas pada paras USD1370, Pendita Emas anggap sebagai satu harga psikologi sokongan yang terakhir perlu dipertahankan daripada dibolosi buat kali kedua atau kali ketiga kerana harga ini merupakan harga asas yang baru menjadi harga melonjak atau harga menjunam.

Perkiraan Pendita Emas mudah sahaja, jika candlestik dapat memecah 3 kali garis harga psikologi USD1370,  mengikut hukum trading Pendita Emas garis harga berkenaan akan terus dipecahkan untuk menjunam dan untuk memulihkan kembali harga emas masa depan memerlukan masa selama 2 minggu lagi.


Penjelasan ini dapat kita saksikan bahawa selepas harga emas mencecah harga sokongan USD1370, pada hari yang sama kita telah menyaksikan momentum harga emas meningkat menuju ke paras USD1390. Pasti ramai pelabur menyangka harga emas naik secara positif. Bagi pihak Pendita membuat tanggapan sebaliknya.

Pendita perlu menanti penutupan penuh candlestik pada titik parabolic SAR dan sekurang-kurang menjauhi titik Parabolic SAR yang baru. Apa dijangkakan menjadi.


Walau bagaimanapun posisi candlestick uptrend hanya dapat bertahan setakat 16 jam sahaja. Pertukaran kepada revearsal downtrend telah berlaku seterusnya harga downtrend  memanjang  mengambil alih sehingga  masa kini.

Selepas artikel di atas ditaip, alhamdulillah akhirnya pada hari penutupan trading gold pada tanggal 17 Mei 2013 , harga emas terus menyusut ke paras terendah lagi iaitu USD1359. selepas melantun dari harga USD1355.


Keduanya harga emas dijangka terus menyelam ke dasar apabila ramai pakar pelaburan komoditi emas dalam tinjauan kitco telah meletakkan harga emas berada pada parasharga sokongan yang lebih rendah lagi pada minggu depan sehingga USD1300.00

Kepercayaan harga menyelam pada minggu depan disebabkan pada minggu ini kita dapati bahawa:
a. Nilai dolar lebih tinggi daripada matawang yang lain membawa pelabur membuat pilihan USD berbanding komoditi emas. Jika nilai dolar dapat bertahan dan meneruskan memontumnya selama 2 minggu lagi bermakna harga emas berada pada paras USD1298 sebagai harga sokongan asas yang baru akan menjelma.

b. Data-data ekonomi yang positif membawa kekukuhan nilai dolar.

c. Trend Downtrend masih mendominasi dan harga emas kekal alam posisi tekanan.  Lihat carta harga 1D, 1W dan 1M.




Kesimpulannya Pendita Emas masih memilih mood harga sell pada minggu hadapan pada 20 hingga 24 Mei 2013 atas sebab:

Harga emas masih dalam mood downtrend dan dalam posisi tekanan berdasarkan bacaan analisis teknikal disamping bantuan kekukuhan nilai USD, data-data ekonomi memihak kepada perkembangan ekonomi USA disamping data-data negatif di Asia dan Eropah yang kurang menyokong kenaikan harga emas dunia.

Sasaran harga Pendita Emas pada minggu hadapan (20 hingga 24 Mei 2013)


GARIS-GARIS HARGA SASARAN PENDITA EMAS PADA MINGGU HADAPAN 
20-24 MEI 2013
Harga Bonus USD1379
Harga Tinggi USD1374
Harga Pertengahan USD1369
Harga Tambatan USD1364
Harga Tebatan USD1354
Harga Kaki USD1349
Harga Sinki USD1339
Harga Lantai USD1329
Harga Selut USD1319
Harga paling rendah USD1298

1 comment:

Anonymous said...

salam..adakah pe rasa emas sedang mengalami kejatuhan?