Tuesday, May 21, 2013

USD1398, USAH TERPEDAYA DENGAN KENAIKAN HARGA EMAS PADA TANGGAL 21 MEI 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Usah terpedaya dengan kenaikan harga emas pada 21 Mei 2013 sepanjang malam ini. Ini untuk mengelakkan diri kita kehilangan dana dalam trading gold atau kita selalu memanggilnya margin call.

Mengapa perlu mengorbankan wang milik kita semata-mata tersekat untuk 2 hingga 3 bulan akan datang. Bukankan elok kita melihat dan mempelajari analisis teknikal dan fundamental harga emas ketika harga emas longlai untuk kita gunakan apabila harga emas menjelma semangat "BULL".

Hal ini disebabkan Pendita Emas beranggapan :

1. Analisis Fundamental yang mempengaruhi kenaikan harga emas dunia kurang mengancam datanya kerana ia lebih fokus kepada saham-saham mewah atau saham-saham industri.

2. Analisis teknikal Pendita Emas masih meletakkan mood trading pada posisi sell.

3. Harga emas masih berada dalam tekanan termasuk matawang utama dunia berbanding USD

4. Peralihan fokus yang lebih dalam kalangan spekulator terhadap forex matawang menambah tekanan harga emas untuk melonjak.

5. Kenaikan ini hanya dilakukan oleh sentimen spekulator kerana ia tidak disokong bersama oleh permintaan emas sebenar.

Untuk membuktikan pergerakan harga emas yang Pendita Emas katakan sebagai satu pergerakan tidak realistik sila fahami carta harga emas yang Pendita Emas kutip disepanjang hari ini.

i. Harga emas dan komen Pendita Emas jam 10.00 pagi


 ii. Harga emas jam 12.00pm dengan komen yang dirasakan melemahkan rakan-rakan berkenaan kejatuhan harga emas.


iii. Harga antara jam 2.00pm hingga jam 4.00pm telah menyaksikan bermulanya harga kembali menyelam.


iv. Jangkaan harga selepas jam 4.00pm dijangka menyelam berdasarkan data ekonomi GBP.


vi. Harga sebenar selepas jam 4.30pm mengesahkan saranan kenaikan harga tidak realistik.


vii. Pergerakan harga emas sepanjang jam 9.00 malam mengesahkan bahawa kenaikan harga tidak realistik yang Pendita Emas katakan menguatkan lagi hujah Pendita apabila candlestick bearish lebih mendinomasi pergerakan harga emas pada malam ini.


Dalam jam 9.57 malam harga terus menyelam kembali melepasi harga rintangan dikenali sebgai line harga tambatan Pendita Emas.


viii. Tepat jam 10.00 malam harga terus menyelam ke paras USD1360


Kesimpulannya siapa kena goreng dengan kenaikan harga emas fizikal, usah terpadaya. Penuhkan dada teman-teman dengan ilmu analisis teknikal dan fundamental bukan sahaja kita sukses dalam bisnes emas tetapi boleh menentukan kita untuk memilih masa bila nak beli, nak jual dan nak simpan sahaja emas fizikal milik kita.

Untuk Rekod pada hari ini harga kedai emas di Johor telah diturunkan ke paras RM165/g(999) dan RM155/g(916)

Bagaimana harga emas selepas jam 1.00 malam

Pendita Emas masih menaruh keyakinan harga akan menyelam lagi untuk menyentuh harga USD1320 jika apa yang Pendita Emas lakarkan plot X dan X1 terjadi berdasarkan pilihan masa pergerakan harga dalam tempoh 4 jam.


Jam 12.00 am 22 Mei 2013, selamat beradu maa...tugas PE sudah selesai untuk hari ini.

Kesimpulan sesi trading pada 21/5/2013 bersamaan jam 5.35am 22/5/2013 titik persilangan X dan X1 gagal diterjemahkan apabila harga memilih pada kedudukan USD1375 ketika ditutup.




No comments: