Wednesday, May 29, 2013

Emas Oh Emas, Harga Kusam, Malap Terus Kita

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua teman,

Hari ini panjang kaki Pendita Emas sempena cuti sekolah menemui rakan-rakan Pendita Emas baik sebagai pelabur emas fizikal, usahawan berjaya, orang kuat politik kawasan sehinggalah ke pegawai-pegawai yang terlibat dengan arrahnu.



Pertama sekali menuju ke premis arrahnu di sekitar Johor Bahru. Saja sembang sana sembang sini mengenai pelaburan emas yang dikendalikan oleh kebanyakan rakan yang ada premis sendiri atau yang bergerak atas talian. Berikut rumusan kenyataan rakan-rakan pegawai Arrahnu :



i. Rakan ada premis yang mantop dengan emas fizikal tentang skim 30%-70% - program berkenaan dah kendur dan kuranglah cakap mudahnya.

ii. Rakan yang berurusan atas talian dan menjadikan lokasi Arrahnu sebagai pangkalannya - Akakpun dah lama tak berjumpa dengan nama yang PE tanyakan. Akakpun nak jumpa juga orang berkenaan.

iii. Rakan pegawai Arrahnu depan kaunter- PE nak tanya sikit bila harga emas akan naik nie, akakpun ada juga simpan kat sebelah, almaklumlah polisi company akak nie tak boleh simpan dalam premis nie?

iv. Rakan pegawai Arrahnu dalam bilik no 4, 5, dan 6 - Dah pening akak, bila meeting bos akan tanya idea macam mana nak jana profit dalam produk Arrahnu nie ketika harga emas jatuh. Ramai call akak tanyakan bila harga emas akan naik.

Semua kata lepas pilihanraya US harga akan membuat momentumnya tapi sebaliknya. Sebelum nie nak dapat seorang masuk 100g petik jari sahaja, la nie sepanjang sebulan nie nak lihat customer pajak 100g teruspun susah. Dulu siap sekat dan tetapkan nilai pajakan maksima sehari.

Nie lagi satu tempoh hari aku call cgu banyak kali kenapa tak angkat sebab nak beritahu ada banyak kes emas nak kena lelong (sergah rakan pegawai lelaki yang tiba-tiba muncul).

Pendita Emas jawab sebab malu sebab kau nak bagi aku kayo sorang sebab tu aku tak angkat...

keduanya premis tuan nie ambil pajakan pun rendah contoh itu harga harga hari inikan emas 999 RM159/gram, patutpun orang macam saya nie tak berminat nak memajak, cuba tuan keluar lihat harga emas semasa di kedai-kedai luar lebih tinggi tau, emas 999 RM165.00/gram. Nie saya bagi idea buat ikut harga macam mula-mula company tuan buka arrahnu pasti mantop produk arrahnu tuan. Saya cadangkan tuan gunakan idea ini dalam meeting akan datang.

v. Rakan dalam kalangan usahawan -
PE cakap tu betul, harga kena tunggu tahun 2015 baru menarik. Sekarang harga rendahpun pelabur lama takkan membeli. Harapkan pelabur baru jangan mimpi bro nak heat jualan emas fizikal ketika ini. Tu tadi yang PE kata jumpa pegawai Arrahnu dah jelas dan nyata group-group kita jah yang mampu menghuru-harakan Arrahnu sebelum ini.

Aku(salah seorang sidang petang) dah lemah nak menahan asakan harga kusam nie, minggu lepas aku lepaskan ajer saper berminat nak ambil tempat aku, tukar surat ajer. Peh pening aku bohh(lagi seorang teman) mana nak cari modal, kebun nak luaskan lagi, bangunan nak perbesarkan, stok bahan mentah naik harga, raya dah nak tiba barang jualan kena sedia, emas pula dah menjunam.

vi. Rakan pelabur emas yang cerdik-
Pendita Emas - aku tak kisah harga emas naik atau jatuh kerana aku dah sedia dengan pelbagai program menyerap masalah ini. Pendita dah buat jelajah seminar Analisis Teknikal dan Fundamental diseluruh negara sepanjang tahun 2013. Pendapatan yang diterima dah dialih dengan  emas fizikal.

No comments: