Tuesday, May 7, 2013

7 MEI 2013 HARGA EMAS KEKAL MERUDUM. PENDITA EMAS SASARKAN HARGA MELEPASI HARGA LANTAI USD1434

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Bertemu kembali dalam sembang harga emas semasa. Dalam minggu ini Pendita Emas mensasarkan harga emas sebagai :


Sasaran harga sepanjang minggu bertarikh 6 hingga 10 Mei 2013
Harga tinggi USD1490
Harga pertengahan USD1480
Harga Tambatan USD1475
Harga Tebatan USD1465
Harga kaki USD1460
Harga sinki USD1450
Harga lantai USD1440

Selepas tamat tarikh 6 Mei 2013, harga bermain di paras antara harga tembatan (USD1478) dan harga tebatan USD1465.


Bagaimanakah harga emas akan terbentuk pada hari ini 7 Mei 2013?

Berdasarkan pergerakan harga emas semasa, pilihan Pendita Emas ialah harga dijangka jatuh  pada paras USD1434 melepasi harga lantai USD1440 pada hari ini atas faktor:



1. Pasaran Asia tidak menambat hati pelabur emas, menyebabkan harga bergerak lebih ke arah menurun sahaja seawal pagi Selasa.
2. Pemulihan harga emas tidak dapat dipastikan walaupun WGC ada menyentuhnya
3. Kadar-kadar faedah yang akan diumum oleh beberapa bank pusat utama dunia juga mempengaruhi kadar matawang berbanding harga emas semasa.
4. Faktor fundameltal sekitar aktiviti ekonomi USD yang lebih dominen pada malam ini

 


Berkenaan aktiviti semasa Pendita Emas dalam trading, rakan-rakan sekerja Pendita Emas pun rasa pelik dan perasan mengapa pada tahun ini Pendita Emas sudah tidak mesra dengan komputer pada masa rehat. Mereka kata mudah pula  meninggalkan tool trading yang menjadi makanan ringan Pendita Emas setiap hari pada tahun lepas..

Jawapan Pendita Emas mudah sahaja, harga emas kurang menyengat time nie. Penurunan bakal kekal sehingga hujung tahun. Punca utamanya kebanyakan negara sedang menyembunyikan keadaan inflasi yang sebenar. Kebanyakan negara menutupnya dengan subsidi kerajaan.

Bermakna kebanyakan rakyat negara-negara berkenaan hidup dalam keadaan selesa pada masa kini untuk tempoh yang singkat. Keselesaan yang dikecapi pada hari ini, duka pada tahun-tahun mendatang. Almaklumlah kebanyakan negara bermula pada tahun lepas dan sekarang semuanya telah dan akan mengadakan pilihan raya negara masing-masing.

Ini bermakna subsidi menjadi instrumen menawan hati pengundi. Jika pencetus subsidi masih hidup maka mereka akan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan subsidi yang dibuat dengan pelbagai plan kotigensi.

Apa yang menyedihkan nanti, jika pemimpin subsidi meletak jawatan atau disingkirkan maka akan berlaku malapetakan yang tidak diingini oleh rakyat.

So insyallah, bila inflasi terus meluwap pada masa depan tiada satu kerajaanpun akan dapat bertahan walaupun memiliki simpanan berbillion dollar yang boleh menampung import selama enam bulan atau setahun bulan.

Hal ini disebabkan kepada instrumen apa yang menjadi simpanan utama bank negara berkenaan. Jika berbentuk emas fizikal insyallah kesejahteraan rakyat negara berkenaan terus kekal kukuh. Jika tidak rakyat mereka akan diperhambat dengan masalah ekonomi global yang dihadapi seperti oleh Greek, Spanyol, Portugal dan Cyprus dimana rakyatnya hidup dengan banyak subsidi sebelum ini.

Oleh itu, jangan rakus dan bersederhanalah dari sekarang simpanlah wang gaji dalam bentuk emas sedikit demi sedikit moga dua tahun lagi, simpanan emas fizikal memberi sinergi dalam kehidupan kita. Ini disebabkan harga mampu milik ini akan kekal dalam tempoh 8 bulan lagi dari sekarang/

No comments: