Wednesday, May 15, 2013

JANGKAAN HARGA MENUJU KE PARAS USD1398 SEMAKIN DIRAPATI TANGGAL 15 MEI 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Harga emas sepanjang minggu dicadangkan berada pada paras rendah didapati arah pergerakannya masih berterusan sehingga masa posting ini dicatatkan. Terkini pada jam 2:54pm harga dicatatkan sekitar paras USD1412 yang telah melepasi harga USD1418(harga lantai Pendita Emas).

Catatan harga emas pada jam 2:54 pm 15 Mei 2013

Sehubungan dengan,  catatan harga emas yang kekal rendah  mulai 13 Mei 2013 hingga 15 Mei 2013 telah memenuhi sasaran harga rendah Pendita Emas.

Walau bagaimanapun sSama ada harga terus ditekan ke paras terendah,  kita nantikan pada malam ini untuk menyaksikan harga melepasi harga selut (USD1408.00). Bacaannya mudah jika kekal berada pada paras USD1415 insyallah harga USD1398 bakal tercetak malam ini.


Faktor-faktor harga emas terus merudum sepanjang 15 Mei 2013 ialah:

1. Secara Fundamental harga emas terus mengesahkan ia mahu melepasi harga selut USD1408 Pendita Emas apabila harga psikologi ini telah disentuh pada jam 3:08 pm tadi. Ini bermakna jika harga emas bergerak sekitar USD1415 sepanjang petang, kejutan harga menurun akan tercipta pada malam ini.
Carta menunjukkan harga emas mahu melepasi harga selut USD1408 Pendita Emas

2. Secara teknikalnya harga emas mood strong sell terutamanya Moving Avarage makala indikator teknikal turut menunjukkan bacaan yang sama. Segalanya bergantung kepada bacaan pivot point (titik tengah pivot) jika harganya rendah maka harga support pertama, kedua dan ketiga yang pasti rendah dan akan terceak harga USD1398.00.



3. Bacaan matawang forex menunjukkan USD masih kebal berbanding matawang utama dunia. Bermakna harga emas akan kekal berada pada harga tekanan.

4. Bacaan ekonomi dunia di bahagian Eropah menyaksikan data semasa negatif mendorong kejatuhan harga emas dunia. Jika data-data terus megetif, maka akan mempengaruhi fundamental dan teknikal harga emas seterusnya.


5. Asakan data-data ekonomi dapat kita bahagikan kepada 2 blok pasaran ekonomi iaitu:

a. Jam 3.00pm hingga 8.30pm sekitar pasaran Eropah.


b.  Jam 8.30 hingga 11.30pm pasaran USA


6. Carta harga secara teknikalnya menyaksikan harga emas mahu menutup parabolic SAR. Inilah turning point pergerakan harga emas untuk berada dalam lingkungan harga USD13xx. Jika tertutup maka harga akan berenang dalam lumpur pada malam ini. Ini bermakna kepada sesapa nak membeli emas fizikal yang baru kena tunggu keesokan harinyalah.


No comments: