Friday, May 31, 2013

USD1400/aun akhirnya kecundang ditutup pada paras USD1387 tanpa sokongan Eropah dan USA minggu 26 hingga 31 Mei 2013.

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Harga emas dunia masih kekal berada dalam tekanan. 31 Mei 2013 ditutup pada paras USD1387. Bukan sesuatu luar biasa tetapi memang dijangka disebabkan harga emas masih berada di bawah tekanan.

Carta: Harga emas ditutup pada paras USD1387/aun pada 31 Mei 2013

Bagaimana dikatakan berada di bawah tekanan? Ia mudah sahaj untuk difahami apabila kita menggunakan Parabolic SAR kita akan melihat candlestick berada di bawah Parabolic SAR.




Apa yang Pendita Emas harapkan pada minggu ini adalah harga tertinggi pada USD1421/aun sepatutnya dapat dipertahankan agar ada sedikit kenaikan pada harga emas fizikal tempatan. Malangnya kenaikan singkat tiada sokongan.

Almaklumlah kita nie terlibat dengan trading gold emas fizikal domestik. Sekurang-kurang dapatlah kita meningkatkan margin jualan komoditi berkenaan setelah mendap sehingga sekarang. Segalanya berpunca dari data Fundamental lebih mengukuh berbanding analisis teknikal yang telah dibuat.

Ramai berfikir seolah-olah kita membuat analisis ini sangat mudah. Tetapi skripnya berbeza, umpama pertandingan bola sepak separuh akhir kedua piala FA antara pasukan Kelantan dan Terengganu di atas kertas pasukan Kelantan mempunyai kekuatan dan kelebihan jaringan tetapi bila perlawanan sebenar pasukan dominan Terengganu pula lebih menonjol.

Inilah risiko yang dihadapi oleh mana-mana pelabur yang terlibat dengan trading gold secara live jika aktivitinya tidak diikuti dengan ilmu trading yang sebenar. Pelabur-pelabur perlu buat penilitian dan kajian dari segi analisis teknikal dan fundamental komoditi berkenaan.

Otai yang mahu dijadikan rujukan perlulah sentiasa memberi infomasi yang berterusan bukan yang suka memberi infomasi secara berpilih-pilih dengan memaparkan infomasi menggunakan kajian orang lain tetapi tidak disertakan dengan ulasan kajian sendiri. Otai yang suka buat homework lebih baik daripada otai yang hanya publish pendapat orang dalam blog masing-masing.

Betulkah ilmu penting?
Ilmu adalah segalanya. Wang bukan menentukan kejayaan seseorang. Ini disebabkan kerana ilmu tanpa bermodalkan sesenpun kita akan lebih berjaya. Yang penting ada ilmu, ada idea dan ada keupayaan penyelesaian masalah yang bakal berbangkit. Bukan pandai menipu dan temberang sahaja. Pendita Emas bukan bencikan orang macam nie, tetapi paradigma mereka bakal menyusahkan orang lain.

Wang pentingkah untuk mencapai kejayaan?
Jika sesiapa menjadikan wang sebagai ukuran kejayaan seseorang Pendita Emas juga boleh menerimanya. Nilai pelaburan bukan ciput, ia perlu melibatkan nilai yang besar seperti RM100,000.00, RM1,000,000.00 dalam sesuatu pelaburan yang mahu disertai. Selepas itu duduk diam menanti RM masuk secara pasif. Ini orang memang menjadi pilihan Pendita Emas tak pernah bising, dia kata aku tahu modal aku dapat semula boss.

Berbalik kepada trading gold, memandangkan pola pergerakan harga emas lebih kearah naik berbelas dolar seaun kemudian jatuh kembali berpuluh dolar seaun, harga emas sasaran Pendita Emas kembali semula ke arah USD1400/aun. Walau bagaimanapun line-line harga emas lama yang Pendita Emas lakarkan masih kekal melekat seperti carta di bawah ini.



Antara faktor mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas sepanjang bulan Mei 2013

Here are several factors that may have pressured down of gold and silver prices during the month:
  1. The minutes of the April/May FOMC meeting;
  2. Bernanke’s testimony in Congress about the U.S economic outlook;
  3. Several U.S reports showed growth mainly in the housing market: new home sales increased in April; building permits spiked by 14.3% in April.  These reports may have pulled down precious metals prices;
  4. The ongoing recovery of the U.S equity markets that serve as an alternative investment for bullion;
  5. The decline in the growth rate of the manufacturing sectors in China and Europe may have pulled down commodities prices;
  6. The recent fall in the U.S jobless claims during most of May;
  7. The depreciation of the Indian Rupee may have pulled down the demand for gold in India, among the leading importers of gold;
  8. Based on the latest U.S non-farm payroll report, 165k jobs were added; the unemployment rate edged down to 7.5%; this report tends to be negatively linked with gold and silver rates;
  9. The decision of ECB and RBA to reduce their respective cash rate in May;
  10. The depreciation of several currencies including Euro, Aussie dollar and Canadian dollar during May;
Here are several factors that may have pulled up gold and silver during the month:
  1. The slight appreciation of the Chinese Yuan may have pulled up the demand for gold in China, the leading importer of gold;
  2. The increase in global demand for jewelry, bars and coins during the first quarter of 2013;
  3. The rise in demand for gold and silver in China and India during the first quarter of 2013 (year-on-year);
  4. The appreciation of several currencies such as Euro at the beginning of the month against the USD. This currency tends to be positively linked with precious metals;
  5. The pledge of the FOMC to keep its low rates until mid 2015;
Sumber : http://www.tradingnrg.com/gold-price-outlook-and-silver-forecast-for-june-2013/

Bacaan lain.

i. Harga emas naik USD1421, tetapi pasaran Eropah dan USA langsung tidak menyokong.
ii. Sasaran USD1421 tercapai pada 31 Mei 2013.
iii. USD1421 menjadi fokus pada 31 Mei 2013.
iv. USD1416 menjadi pilihan minggu ini.
v. Harga dihajati USD1400/aun dicapai.
vi.Target awal USD14XX sebagai harga mingguan 27 hingga 31 Mei 2013.

No comments: