Salam,
Harga emas tiba-tiba membuat spike melepasi paras harga Tambatan Pendita Emas USD1364 yang menjadi paras harga halangan untuk lonjakan harga emas selanjutnya pada pagi ini.
Carta : X1 dan X2 merupakan sasaran harga yang perlu dilepasi
untuk membuat lonjakan harga yang baru
Carta: Menunjukkan ulasan berkenaan lonjakan harga jika melepasi harga USD1364.
Faktor kenaikan harga emas pada pagi ini dapat disimpulkan sebagai kata-kata Evans ditafsirkan oleh spekulator sebagai positif untuk harga emas.
Berkenaan harga emas fizikal, jika harga emas kekal berada pada paras harga melepasi USD1350, ini bermakna harga emas berikut akan berubah selepas jam 10.00 pagi. Kita ucap selamat tinggal seketika harga mampu milik.
Carta Harga : Valid sehingga jam 10.00am 21/5/2013
Alhamdulillah, walaupun harga emas semasa dunia melonjak secara mendadak seperti malam atau pagi ini, tempahan emas fizkal boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk mendapatkan harga mampu milik jika anda memeliki akaun seperti ini.
No comments:
Post a Comment