Friday, January 28, 2011

CIRI-CIRI MEMBAWA PAJAKAN GOLD BAR TIDAK DITERIMA LAGI OLEH ARRAHNU?

Salam,

Ini bukan spekulasi tetapi cerita benar.

Pajaklah semua jongkong emas anda dalam Arrahnu. Sampai suatu ketika emas anda akan terpasung sepenuhnya, tiba-tiba surat lelongan terhadap emas jongkong milik anda menemui anda. Terutama bagi pelabur yang membuat pelaburan emas 30%-70% yang menggunakan harga emas arrahnu paling tinggi dewasa ini iaitu Arrahnu Agrobank RM165.80 walhal harga emas sebenarnya berada pada paras terendah RM20.00/ gram.

NATIJAHNYA jika mana-mana satu satu keluaran emas jongkong membuat masalah melibatkan kes emas pajakan terlelong kerana tidak dapat ditebus maka akan keluar satu notis seperti apa yang berlaku pada bulan Mei atau Jun 2010 bahawa semua jongkong emas tidak akan diterima oleh arrahnu atas nasihat Bank Negara.

Semuanya terjadi kerana kerakusan penganjur untuk mendapatkan tunai yang tidak terkawal dan tidak terancang dari pihak pembeli melalui janji-janji manis mereka.

Pilihan ke atas pelaburan emas yang tepat perlu ada nilai kesabaran, selidik dan follow dahulu perjalanan pelaburan sebelum melibatkan diri. Dalam posting lepas, Pendita ada membincangkan jenis-jenis pelabur.

Ciri pelabur yang suka membuat penyelidikan merupakan pelabur paling selamat dunia dan akhirat . Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kini Pendita mencadangkan agar kita semua:

1. Take note dari segi tarikh tamat surat pajakan supaya tidak terbabas sehingga arrahnu mengeluarkan notis peringatan tebusan buat kali pertama, kedua dan ketiga seterusnya surat lelongan.

2. Pasang rangkaian anda sendiri untuk menyediakan teman-teman yang sedia berkongsi kasih, suka dan duka agar bila berlaku perkara keluar surat peringatan mereka boleh menghulurkan bantuan kewangan seketika untuk menebus kemudian memanjangkan semula tempoh pajakan.

3. Jika aset yang terpajak memang sudah terlampau banyak dan tidak mampu dikeluarkan, buat jualan emas semula kepada customer baru, dealer-dealer dengan niat biar terjual sedikit tapi boleh mengeluarkan emas pajakan lain.

4. Menyediakan payung sebelum hujan. Jika jongkong emas mengalami nasib seperti yang Pendita ceritakan kita ada alternatif lain instrumen yang boleh kita cairkan. Rasanya kepelbagaian projek pelaburan emas akan menyelamatkan pelaburan emas pada masa depan. Jangan terlalu taksub dengan sesebuah syarikat pelaburan emas kerana anda tidak akan mendapat manfaat paling maksima.


pelaburan bersama GCP


Pelaburan bersama Public Gold

Pelaburan bersama Z Smash

Pelaburan bersama KFH

5. Dengan wang yang berdikit, buatlah sedikit bayaran emas pajakan anda moga nilai pajakan anda menjadi rendah dan boleh ditebus bila-bila masa.


Semoga kita sama-sama menjaga perjalanan arrahnu agar terus berkembang.

Penafian : Jangan mengikut cara Pendita jika anda tiada kemampuan

1 comment:

Arif Anuar Burhan said...

Saya setuju : jgn tumpukan pada satu company je.

Gambar emas apa yg kat bawah sekali tu ye?