Wednesday, January 5, 2011

Emas di mata pelajarku

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Seharian di sekolah, Pendita disapa oleh pelajar Pendita tidak kira di mana-mana tempat, dalam kelas, kantin sekolah, hatta keluar dari tandas, mereka akan bertanyakan tentang pelaburan emas.

Tak sangka promosi emas Pendita, sampai tahap murid-murid sekolah telah mengenali emas. Menariknya ada yang menyapa berapa harga emas 999.9 atau 24K. Inilah penangan dari facebook dan blog Pendita.

Tingkahlaku yang merugikan masa dengan berchatting telah Pendita bantu melalui info-info menarik untuk mereka tentang emas. Biar kita dikatakan kelentong tetapi depan mata, tangan mereka merasa emas sebenar dalam milikan Pendita. Bukan sebulan dua, tetapi sudah hampir 6 bulan penuh mereka disilaukan dengan kemilauan emas.

Secara berseloroh, pada hari ini Pendita emas telah berbincang dengan semua wakil Tingkatan 5 mengenai projek Khidmat Masyarakat bertemakan Cabaran Masa Depan. Maka terpancul dari mulut Pendita satu idea yang tidak disangka-sangka "Pelajar-pelajar apa kata kalau kita semua buat satu projek menyedarkan ibubapa kita tentang pelaburan emas".

Matlamat utama cadangan untuk memberi pendidikan awal kepada semua pelajar dan ibubapa mengenai kelebihan pelaburan emas. Tanpa diduga "kami semua setuju cikgu" keluar jawapan serentak dari mulut mereka. Sah lawak aku mengena untuk menguji pemahaman mereka.

Tak sangka mereka berminat tentang emas. Ada pelajar bertanyakan tentang undi 1 dinar akan dilaksanakan lagi atau tidak tahun ini. Itu rahsia pendita. "Wow, tak sangka pula idea cikgu sama dengan kamu semua", seloroh dari Pendita.

Walau bagaimanapun cadangan itu hanya cadangan. Pendita menggantikan projek dengan tajuk Larian Kardiovaskular bertujuan mendidik masyarakat mengutamakan kekuatan jantung dengan bersenam atau berjogging. Dalam program ini rasanya dapatlah Pendita menyusupkan info pelaburan emas dalam kalangan ibu bapa yang hadir nanti.

Program ini tambah menarik jika hadiah yang diberi dalam bentuk emas atau dinar emas. Tambah naik saham Pendita dan penderma emas yang bermurah hati.

So sesiapa yang berminat untuk menderma emas masing-masing walaupun seketul dinar akan menjadi VVIP dalam program Pendita untuk menyampaikan sendiri emas milik anda sebagai penderma, kerana ada liputan akhbar akan dibuat sepanjang program berlangsung. Kita menjaja diri sendiri untuk dikenali orang ramai.

1 comment:

Anonymous said...

semoga pelajar dikg ku juga ada kesedaran emas itu..insyaallah