Monday, January 24, 2011

HARGA EMAS JAM 10:40 MALAM 24/1/2011

Salam,

Apa sudah jadi dengan harga emas minggu ini?. Kelihatan pengambilan untung jangka pendek terus berlaku menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina. Masa yang masih sesuai untuk menambah stok emas pada harga yang lebih murah.


Seperti yang Pendita katakan, harga emas mengikut bentuk line harga yang berlaku pada 2 hari terdahulu. Mengikut pergerakan harga emas semasa iaitu line hijau di atas ia mengikut line harga merah yang berlaku pada harga hari Khamis/Jumaat lepas yang digambarkan oleh line warna merah.


Jika line merah mendominasi line harga pada hari ini 24/1/2011, kita akan menemui semula harga ulangan yang berlaku pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas (warna hijau). Walau bagaimanapun harga emasnya dipengaruhi oleh kedalaman line harga yang akan berlaku selepas jam 12.00 malam 25/1/2011.


Dalam pelaburan emas marilah kita membuat persepsi yang positif. Bentuk dan kesannya tidak seperti pelaburan saham atau mata wang asing. Ini disebabkan jatuh nilai emas kita masih mempunyai emas fizikal yang sangat berharga.

Jatuh atau naik harga emas tetap disebut emas dengan nilai masa kini dan nilai masa depannya kita sendiri yang menentukan. Pendita maksudkan, jika mahu mendapat keuntungan yang sedikit kita buat jualan jangka pendek atau jualan panik dan jika mahu mendapatkan keuntungan yang tinggi kita mempertahankan gram emas dimiliki buat jangka masa panjang.

Kejatuhan harga emas sebenarnya satu tanda positif untuk kita menambah stok emas yang kita miliki terutama jika anda merupakan pengamal rempit emas yang Pendita maksudkan, emas dipajak pada harga yang tinggi, wang pajakan disimpan dan digunakan membeli emas pada harga rendah ketika ini. Semuanya bergantung kepada kecekapan dan matlamat rempit anda. Difahamkan agrobank akan menambah harga pajakan emas 999.9 sebanyak RM8.00 selepas Hari Raya Cina menjadikan harga pajakan tertinggi di Malaysia jika menjadi kenyataan iaitu RM173.80

( Jika bank berani meletakkan harga pajakannya pada tahap ini, apa pendapat anda tentang harga emas selepas Hari Raya Cina?)


No comments: