Saturday, January 1, 2011

TIP-TIP MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN DALAM PELABURAN EMAS

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Perumpamaan "Sediakan Payung Sebelum Hujan" adalah sangat tepat pada masa kini mengikut trend ekonomi semasa yang tidak menentu. Ditambah dengan peribahasa "jangan disangka air yang tenang tiada buaya sangat sesuai juga bagi keadaan ekonomi domestik bila mana tiada angin tiada ribut tiba-tiba harga minyak naik sebanyak dua kali. Apa dah jadi kini.

Sebagai rakyat yang waras, masihkah kita menunggu pelan subsidi akan diberi semula. Rasanya tidak perlu. Kita perlu memandang ke hadapan tentang ekonomi dan masa depan diri.

So, satu instrumen yang sangat menarik dan tepat ialah pembelian emas walaupun hanya segram atau seketul dinar seberat 4.25g atau emas 999.9 seberat 5 gram sebulan akan menjadikan diri kita kebal dari inflasi (kenaikan harga barang) dan deflasi.

Sebagai contoh, kenaikan RM0.05 sen minyak seliter sudah pasti meningkatkan kos barangan pengguna pada tahap 10%. Untuk menggerakkan transport bukan memerlukan 1 liter atau 10 liter bahkan lebih dari itu. Jika barangan naik sudah pasti IHP naik. Kita lihat pada barangan asas sebagai panduan , jika harga barangan naik sudah pasti kenaikan berangkai berlaku.

Begitu juga dengan komoditi emas, jika Indeks harga Pengguna (IHP) naik, harga emas secara relatifnya juga naik. Apa yang pelabur dapat ialah keuntungan nilai emas dari kesan kenaikan harga barang. Ia bergantung kepada teknik dan pilihan mencairkan emas masing-masing.

Jika memajak kita dapat wang pinjaman sebanyak 70% dari nilai marhum dan dalam masa sama selagi emas tidak dikeluarkan emas tetap menghasilkan nilai setiap detik, saat, minit dan jam.

Sebaliknya jika kita memilih untuk menjual emas, kita hanya dapat wang mengikut harga pasaran tetapi anda sudah tiada alat perlindungan kewangan lagi.

Satu perkara yang menarik ialah walaupun emas telah dikenali melalui ayat-ayat suci Al-Quran, sejak sebelum zaman nabi Muhammad S.A.W dan selepasnya serta kebangkitan dinasti atau empayer kerjaan tersohor, penerimaan masyarakat masih diperingkat ' introduction'.

Jangan salahkan rakyat kita kerana mengikut sejarah Malaysia emas adalah milik raja, kerajaan memerintah, golongan bangsawan, ketua-ketua kampung dan orang-orang kaya. Selama ini sehingga merdeka dan selepas merdeka emas sebagai barangan yang mahal harganya walaupun harganya ketika itu RM1/g, RM10/g, RM100/g dan kini RM160/g. Kerana itu masyarakat kebanyak tidak memperdulikan hal pelaburan emas.

Mengambil anggaran mudah Jika 10% daripada 27 juta jumlah rakyat Malaysia terkini sudah mengenali pelaburan emas, ini bermakna baru ada sekitar 2.7 juta. 2.7 juta bukan satu jumlah terkumpul setahun tetapi berdekad-dekad lamanya. Mendidik masyarakat supaya menyimpan emas perlu dilakukan secara berterusan.

Jika di Malaysia pelaburan emas telah dipelopori oleh syarikat Etika Emas, Public Gold bermula pada tahun 2008 sehingga ke penghujung tahun 2010 jumlah ejen yang terlibat dengan pelaburan emas belum mencapai 100,000 orang yang aktif.

Ini menunjukkan sesiapa yang celik emas masa kini selepas 25 tahun lahir ke dunia bermakna anda masih mempunyai 43 tahun lagi untuk mencapai ke peringkat zon growth (mengambil umur jamgka hayat penduduk Malaysia).

Jika pada suku zon (1/4 dpd 25% zon 'introduction') harga emas tempatan sudah berada pada kedudukan RM160.34/g (ikut harga Public Gold pada 1 Januari 2011) berapa agaknya harga emas di permulaan zon 'growth'?

Rasanya harga sudah mencapai RM1000.00/g untuk tempoh 10 tahun lagi. Itupun bergantung kepada penuruna nilai matawang wang RM dan kenaikan USD. Jika RM sentiasa naik Pendita sasarkan harga emas naik pada paras RM850/g untuk 10 tahun lagi.

Jadi apa tunggu lagi, jadilah orang terawal mempunyai kesedaran mengenai ilmu emas.

http://www.eur-export.com/Images/cycleviea.gif

TIP-TIP memaksimakan keuntungan dari pelaburan emas

1. Pilih produk emas au 999.9 atau 999 atau 916 yang sudah terkenal mempunyai sijil ketulenan dan resit rasmi syarikat yang menjual supaya mendapat harga kenaikan maksima.

2. Memilih harga yang paling rendah kerana terdapat harga emas di Malaysia yang bermacam-macam seperti harga emas untuk pembekal, pengedar, kilang, peruncit, dealer, harga emas terpakai dan lain-lain nama harga lagi.

3. Buat pajakan emas sedia ada dan lipat gandakan gram emas melalui pembelian stok emas yang baru atau memindahkan tunai dalam akaun GIA, Passbook Gold atau ASB.

4. Bergerak aktif mencari customer menggunakan sample emas untuk memudahkan cust membeli emas milik kita dengan harga pasaran semasa atau secara harga terdiskaun.

5. Lipatkan gandakan kuantiti gram emas melalui rempit emas secara cash n carry iaitu pagi beli emas baru, petangnya buat pajakan begitulah setiap hari dilakukannya. Pendita telah berjaya melakukannya. Anda bagaimana?

Tidak perlu risau tentang emas yang terpajak kerana dengan cara ini dalam tempoh 3 hingga 6 bulan harga emas akan naik dan buatlah lelongan sendiri emas milik anda dengan harga terdiskaun 5% dari kenaikan harga semasa. Maka tak timbullah teknik rempit Pendita dikatakan menyusahkan. Kita berniaga menggunakan akal dan memudahkan urusan orang lain untuk membeli emas pada harga yang murah.

6. Libatkan diri dalam lelongan awam untuk barang kemas. Jika anda terlibat peh terlampau nikmat. Kita memperolehi emas yang dipajak setahun yang lepas pada harga yang sangat rendah berbanding pada harga semasa.

Contoh harga emas bulan Januari 2011 (RM164.00/g), lelongan yang dibuat ialah emas pajakan yang dibuat pada bulan Januari 2010 (RM110.00/g). Jika berjaya bid emas pada harga RM130/g, berapa keuntungan segram yang anda dapat pada harga semasa? Kira sendiri.

7. Gunakan nama otai emas yang sudah etablish namanya untuk menolong menjualkan emas anda mengikut harga semasa. Jika Public Gold otai dapat komisen 2.0% atas jualan emas kepada customer, buatlah countim otai dan anda berbahagi sama rata masing-masing mendapat komisen 1%.

8. Buat networking bersama MD, dealer lain kerana ini akan memudahkan kita untuk mendapat cust dan ready stok untuk cust yang mahu mendapatkan produk segera.

9. Mendahulukan barang supaya customer akan terikat membayar stok emas kita satu lagi cara untuk melariskan stok kita. Kena percaya antara satu sama lain bahawa bayaran akan diterima dalam tempoh 24 jam. Rasanya mat-mat bangla yang berniaga tilam toto, tikar dari rumah ke rumah berjaya hidup di Malaysia dengan teknik ini.

10. Sentiasa mempamerkan emas milik anda dengan rakan-rakan anda. Jika hari-hari mereka melihat emas anda insyallah mereka akan terpikat dengan sendirinya. Lagi best pinjamkan mereka emas untuk dipegang dalam tempoh 24 jam.

Berikut carta kenaikan harga emas untuk rujukan.

pergerakan harga emas bulan Disember 2010


Click to Enlarge
Click to Enlarge
Click to Enlarge
Click to Enlarge
Click to Enlarge

No comments: