Wednesday, January 12, 2011

HARGA EMAS SELEPAS JAM 1.00 TGH (MALAYSIA) MENGEKALKAN HARGA ATAS USD1385.00/OZ TROY


Salam,
Harga emas dunia masih mengekalkan momentumnya pada paras USD1385.00/0z merupakan paras tertinggi untuk minggu ini. Lihat permulaan harga emas bermula jam 1.00 petang Malaysia 13/1/2011 bertenggek atas harga yang Pendita nyatakan.

Berikut line harga harapan Pendita selepas waktu posting ini di tulis pada kedudukan seperti carta di bawah ini.

Keterangan carta.

Line kuning merupakan line harga harapan Pendita pada 13/1/2011 yang berjajaran pada harga melepasi paras USD1395 dan kalau boleh melepasi harga USD1405/oz troy dengan mengambil kira kenaikan harga emas dunia sebanyak USD20/oz pada malam ini.

Rujukan line kuning diambil dari perkembangan line harga balikan / simetri line harga berwarna biru. Ini bermakna jika permulaan harga berada pada paras tinggi maka puncak tertinggi harga simetri akan menjadi lebih tinggi lagi.

Harapan Pendita moga harga line biru membayangi pembentukan line hijau seperti yang dilakarkan dengan line harga kuning menjadi kenyataan. Harapan kenaikan harga membolehkan Pendita:

1. Membuat jualan kembali emas pada harga buyback yang lebih tinggi.
2. Menjual stok emas PG 20 g, 50g dan 100g pada harga yang tinggi.
3. Menjadi input berguna ratio kenaikan harga emas dengan harga saham untuk talk di Dungun.
4. Menjual emas GCP pada harga customer yang lebih tinggi.
5. Meningkatkan harga jualan used gold yang tersedia di tangan Pendita sejak 5 hari lepas.
6. Memberi keyakinan kepada pelabur di bawah Pendita bahawa walaupun membeli emas pada masa kini dengan harga yang mahal, tetapi ia tetap akan lebih mahal lagi pada minggu depan.
7. Dapat melihat ratio kenaikan harga emas dalam seminggu.
8. Memberi kefahaman kepada semua pelabur bahawa pelaburan emas sangat menguntungkan walaupun memiliki hanya seminit, sejam sehari, seminggu, sebulan, setahun, seratus tahun atau beribu-ribu tahun lagi.



No comments: