Wednesday, January 5, 2011

KESIMPULAN HARGA PADA 15/1/2011, HARGA KEKAL RENDAH

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Harga emas berada pada paras rendah sehingga petang hari 6/1/2011.
Pendita sangat suka kerana memberi peluang menambah stok emas rantai tangan GCP 999 lagi yang sangat laris di pasaran. Jika kekal begini, harga harapan dealer GCP menjadi RM142.00/g esok hari. (Harga Harapan Pendita)

Kalau ke Agrobank Pontian pasti lebat stok emas fizikal aku esok nie. Beli 100 gram bermodalkan RM14, 200.00. Sediakan 30% tunai (RM4260.00) + 70% Agrobank Pontian RM16580(RM11,606.00). Tunai hanya tambah RM2594.00( berbaki RM1666.00). Wang baki boleh beli cash lagi 10 gram (RM1420.00)

Ermmm harga menawan dan tertawan. Biarkan mereka dengan keluarga mereka, Pendita dengan keluarga Pendita. Jangan lepaskan peluang di depan mata.

Ha ha ha ha ha yang penting kita mencuba dan terus mencuba, memilih terus memilih, kalau ada yang baik pilih yang terbaik barulah hidup kita penuh bermakna.

Jika aset kita dalam pajakan bernilai RM31,400.00 (10 ketul) ketika ini, 6 bulan lagi jual sebiji darinya nilai 9 ketul emas yang tinggal masih bernilai RM31,400.00, keluarkan lagi sebiji 6 bulan berikutnya 8 biji yang tinggal tetap mempunyai nilai RM31,400.00.

Betul ke congakkan Pendita? Jangan menerima bulat2 congakkan dari Pendita yang nakal nie. Nanti Pendita dikatakan auta, kelentong dan merapu. Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada tanya selera. Selamat mencuba.

No comments: