Salam,
Hari ini pendita sangat teruja dan sangat berterima kasih kerana melalui pelaburan emas nama Pendita Emas begitu gah di mata mereka. Tak silap selama dua minggu tarikh pertemuan telah ditetapkan bergantung kepada kekosongan waktu Pendita.
Diketuai oleh En Razak yang bernaung di bawah En Shukor, 3 pelabur lelaki dan seorang pelabur emas yang berminat untuk joint telah datang menemui Pendita. Lokasi ditetapkan ialah Danga Bay.
Amat mengejutkan lokasi yang menjadi pertemuan Pendita yang membuat akad bermain kutu dengan 2 dinar beberapa bulan yang lalu telah menjadi bandar hantu. Tiada aktiviti perniagaan dijalankan lagi buat masa kini.
Lokasi berpindah di bangunan Abu Kassim. Di sini Pendita membantu apa sahaja yang termampu. Alhamdulillah pokok cerita yang mahu dibincangkan ialah rempit dinar dan emas 20 gram. Setelah penerangan diberi mereka semua berpuashati.
Sikap pelabur ini sangat Pendita puji, walaupun Pendita jauh dari lokasi mereka, mereka tetap mencari masa menemui Pendita di Johor.
Pendita mngucapkan selamat berjaya kepada mereka semua. Jalankan pelaburan emas anda dengan penuh berhikmah. Pendita sentiasa membantu.
No comments:
Post a Comment