Saturday, January 15, 2011

TERIMA KASIH KUALA TERENGGANU DAN DUNGUN (BANYAK KENANGAN MANIS DI HATI PENDITA)

Salam,

ORE GANU POSITIF DENGAN PELABURAN EMAS

Alhamdulillah, terima kasih di atas sokongan pelabur di Dungun dan Kuala Terengganu di atas perhatian tuan/puan dalam pelaburan emas. Anda positif rupanya. Teruskan impian anda. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya kan.Biar sedikit lama-lama jadi bukit.

BUKAN SATU TAPI DUA-DUA DEALER AKU NAK MASUK

Sebab itu pada pagi ini, Pendita telah ditemui oleh beberapa agen baru dari Dungun untuk menyertai kedua-dua program pelaburan emas yang Pendita canangkan secara empat mata. nampaknya talk Pendita malam tadi memberi makna kepada mereka. Jika malam tadi datang solo, pagi hari datang bersama mem masing-masing. Terima kasih tuan/puan atas sokongan anda dan Pendita minta maaf kerana stok emas GCP dah habis dan tak dapat dilihat dan dipegang dengan nyata. Insyallah Pendita akan adakan seminar khas untuk GCP pada masa akan datang di Dungun.

MAHALNYA TELUR PENYU

Telur penyu oh telur penyu, terima kasih Pasar Payang kerana anda memberi peluang Pendita membawa pulang ke Johor untuk memenuhi permintaan orang mengidam untuk menelannya. Moga zuriat dalam kandungan sihat afiat sentiasa. Peh mahal juga rupanya telor penyu, RM50.00 untuk 10 biji.

SILA SEBARKAN INFO YANG PENDITA SAMPAIKAN KEPADA SEMUA TOKEY

Kepada tauke-tauke kedai di seluruh Terengganu nantikan kehadiran Pendita sekali lagi menemui anda dalam satu seminar pelaburan emas yang lain. Teman-teman anda telah menemui Pendita semalam di Kuala Terengganu.

PENILAIAN HARGA BARANG KEMAS 999 DI KEDAI-KEDAI EMAS DI TERENGGANU PADA 16/1/2011

Dalam membeli ole-ole untuk dibawa pulang, Pendita sempat juga meninjau stok rantai tangan dan rantai leher emas 999 di semua kedai emas yang terdapat di muka pintu depan kedai-kedai Pasar Payang. Kenapa Pasar Payang? Pilihan Pendita bersebab iaitu:

1. Banyak kedai emas terletak bersebelahan tentu mempunyai harga yang sama. (Rupanya masing-masing kedai ada harga sendiri)
2. Pasar Payang menjadi kunjungan utama pelancong.(Harga dikenakan kepada pelancong menjadi ukuran harga emas tempatan)
3. Emas beraneka jenis dan corak.(Setiap kedai ada design masing-masing)


Tinjauan Pendita ke atas deretan kedai emas yang berkongsi dinding mendapati hanya sebuah kedai emas sahaja yang berjaya menyediakan stok emas rantai tangan dan rantai leher emas 999 segera. Emas tersebut dibezakan dengan tag berwarna putih. Kedai ini seperti cara Pendita menyediakan stok rantai emas 999. iaitu hanya menyediakan masing-masing seutas mengikut berat dalam ukuran 10g, 20g, 30g, 50g, 60g, 100g dan 120g dengan masing-masing berukur lilit 14-16cm.

HARGA EMAS T'GANU

Dah berpeluang turun Kuala Terengganu maka harga emas perbandingan perlu Pendita cari untuk dibandingkan dengan emas 999 GCP. Bagaimana dengan harga? Murah ke seperti yang diperkatakan oleh orang Terengganu? Setelah pertanyaan harga ditanya, skala harga setiap kedai emas berbeza dan dapat disimpulkan harga emas 999 ialah antara RM148 hingga RM157.00 walaupun kedai emas berkongsi dinding dengan ketebalan 4mm. Pastu ada kos tambahan lain iaitu kos upah antara RM125 ke atas.

Pendita telah menguji harga rantai tangan emas 999 beratnya 65.78 gram. Setelah dikira harga emas dinyatakan semuanya RM10,173.00.

So Pendita kira semula RM152.00/g X 65.78g = RM9998.56. Tanya kenapa lebih RM10K. Rupa-rupanya ada tambahan upah tukang RM175.00

Ini bermakna dalam satu bumbung sebenarnya harga emas adalah pelbagai ragam. Ia tidak dikawal oleh mana-mana badan rasmi. Harga emas sifatnya ditentukan seperti berikut:

Perbezaan penampilan pelanggan

Pelanggan berpakaian kemas berkemeja, bertali leher berkasut kilat, harga mak aiii naik tinggi berbanding yang berpakaian kurang kemas.

Bahasa perbualan

Tak kecek Ganu sah ini bukan orang tempatan, ermm harga pancung dikenakan. Pendita sengaja bercakap bahasa Jawa. Sah kena Pendita.

Aku penentu harga emas aku

Harga tidak tetap antara pekerja, masing-masing ada harga sendiri. Agaknya mereka dibayar mengikut komisen sale harian.

Tiada penggunaan harga semasa dikeluarkan oleh persatuan Peniaga-Peniaga Emas atau harga emas antarabangsa.

Kualiti emas nombor dua

Penetapan harga tidak konsisten, bila tanya kualiti secara terperinci mula tidak keruan. Pelbagai patern di pamerkan tetapi gram emasnya sedikit, bentuk menarik, jual dengan harga yang tinggi.

Harga emas dan upah tukang berlaku secara timbal balik

Kalau harga emas tinggi harga upah dikenakan rendah dan sebaliknya jika harga emas rendah kita makan persen upah tukanglah boss.

Harga dealer emas GCP lebih murah

Ini bermakna siapa yang menjadi dealer GCP yang mahu membeli rantai tangan dan rantai leher dapat membeli harga emas termurah iaitu pada harga RM144.80/gram pada hari ini tanpa dikenakan kos upah tukang.

Manakala bagi kedai-kedai lain secara keseluruhannya mengatakan jika mahukan barang kemas 999 yang dikenali juga emas 10, dikeluarkan mengikut tempahan yang akan siap antara 1 hingga 2 minggu. Kos upah tukang akan dikenakan. Terima kasih kepada semua tauke kedai emas yang memberikan kerjasama kepada Pendita.

APA! MINTA PENDITA TURUN LAGI?

Terima kasih juga kepada pelabur Dungun yang meminta Pendita turun sekali lagi mengikut permintaan dan tempahan rangkaian Pendita di kawasan anda. Tak puas hati tanya lagi betul ke 20/1/2011 di Pahang Pendita kendalikan.

Permintaan anda akan Pendita penuhi nanti. Selepas ini, insyallah pendita akan mengadakan seminar di Pasir Gudang, Mersing, Kuantan, Kota Bharu, Seremban, Putrajaya. Kuala Lumpur, Tanjung Karang mengikut kesesuaian jadul Pendita yang padat.

TERIMA KASIH DITUJUKAN KHAS BUAT PN HAZRINA MD RASIB

Kepada Pn HaZrina Bt Md Rasib Tauke kedai e-cosway di Gaint Kijal, supaya cepat menjadi Master Dealer seterus menjadi rangkaian Pendita Emas di Terengganu yang termantop. Pendita senang hati sangat bekerjasama dengan puan.

Anda telah membuat tugasan yang sangat baik. Terima kasih atas tempahan tempat seminar, penginapan dan ikan bakar Dungun. Tak sangka kehadiran peserta diluar dugaan kita. Kepada mana-mana dealer yang mahu bernaung di bawahnya silalah temui beliau di tempat yang Pendita nyatakan.

Sekian. TQ

No comments: