Monday, January 3, 2011

HARGA EMAS DEALER GCP BERADA PADA PARAS RENDAH

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Jangkaan harga emas dealer GCP menurun esok 4/1/2011


Posting ini ditulis pada jam 4.20 pagi 4.1.2011. Pendita mendapati bahawa harga emas pada esok hari berada paras rendah. Makanya jika berkekalan esok dan lusa masa yang sesuai untuk dealer GCP menambah stok emas masing-masing. Minta-minta harga emas dealer pada harga RM146.00

Kemudian pada hari Khamis dan Jumaat kita akan mengaut keuntungan sederhana. Tak lama tuan/puan, dalam tiga hari sahaja kalau kita pandai mencari customer, emas sebanyak 200g dalam pajakan bisa kita keluarkan. Lagi banyak lagi baik, makin mantaplah bisness tuan/puan.

Ikut cara Pendita mencari Customer:


1. Adik beradik dan ibu bapa
2. Saudara mara
3. Ipar duai
4. Jiran selalu bergaduh dengan emas menjadi baik tau
5. Jiran setaman
6. Rakan baik
7. Rakan sekerja
8. Rakan facebook
9. Kekasih lama, tunang lama, isteri lama
10. Tauke emas
11. Ketua kampung
12. Ketua rumah pangsa
13. Pemilik kedai emas
14. Rakan sekolah, sekolej

Ikut cara Pendita membeli dan menambah stok:

Pendita suka membeli mengikut plan 30%-70% dan cash.


Mengikut pelan 30%-70% kita akan mengeluarkan modal tunai yang kecil. Contoh jika esok harga emas pada harga Rm146.00, harga pajakan masih pada paras RM155.00. jika membeli 100g melibatkan RM14,600.00. Kita pajak untuk dapatkan 70% =RM155.00 x 100g = RM15,500 X 70%=RM10850.00. Ini bermakna kita hanya menanbah tunai wang peribadi kepada RM14,600-RM10850/RM14600= RM3750.00 (25.68%)----jimat RM630.00(4.32%). Biasa lebihan cash Pendita belikan emas yang berharga rendah dan mampu milik.

No comments: