Tuesday, January 18, 2011

IMPIAN REALITI PELABURAN EMAS PENDITA

Salam,

Pada posting hari ini, Pendita tertarik dengan perkataan impian. Setiap orang pasti ada impian masing-masing. Tidak dapat pada hari ini, dapat pada hari esok, bulan depan, tahun depan, 5 tahun akan datang atau 10 tahun akan datang. Dengan kata mudah untuk mencapai impian perlukan kesabaran. Kalau melabur emas, mahu mendapatkan untung maksima kena tunggu sekurang-kurangnya minima 3 tahun.

Tetapi bagi pelabur yang sudah melabur, impian anda bukan satu impian yang kosong. Semuanya telah anda terima. Sila buat check list masing-masing. Impian yang penuh bermakna telah anda terima dan terlaksana tanpa anda sedari. Berikut cerita impian Pendita yang telah tercapai untuk dikongsi bersama.

1. Emas telah menjadikan anda bersikap positif dengan simpanan tabungan anda dalam bentuk emas fizikal. menariknya sifat boros berbelanja anda telah terhapus sedikit demi sedikit. Anda tentu terlupa bahawa semua gaji anda, elaun anda, bonus anda dan keuntngan anda telah tersimpan rapi dalam bentuk ketulan emas fizikal. Cuba semak semula harga belian emas anda setahun atau beberapa bulan yang lepas. Tentu menghasilkan keuntungan sekurang-kurangnya 20%.

2. Mengelakkan diri mengeluarkan wang untuk pinjaman tunai oleh teman-teman. Memang benar carita ini. Jika sebelum melabur dalam emas fizikal, pantang kita berniaga, ada sahaja pinjaman tunai akan dibuat oleh teman-teman atau sanak saudara. Tak bagi kalau menipu mengatakan tak berduit takut pulak rezeki yang ada ditarik balik oleh Allah. Petua yang mujarab, anda boleh jawab "maaf bang, bukan kita tak berduit tetapi semuanya sudah ku laburkan dalam emas fizikal nie"

3. Sentiasa happy bila kenaikan harga barang asas menyebabkan kadar cukai langsung dan harga barang lain naik. Harga emas juga naik. Siapa yang untung? Pelabur emas juga yang untung.

4. Emas menghasilkan kecairan menakjubkan.Ya, begitulah kelebihan emas fizikal. Letak di mana-mana kedai pajakan tidak kira di kedai pajak cina, koperasi atau arrahnu bank, selain dapat tunai, kita dapat pula pinjaman wang tanpa membayar secara bulanan selama enam bulan. Pastu lebih menarik harga emas naik atau turun, emas yang kita letak dalam kandang pajakan tetap mengalami perubahan harga emas semasa di luar. Kalau dah naik, pelbagai program kita boleh buat dengan emas terpajak.

5. Emas tetap bernilai. Tidak kira purity emasnya, sebut sahaja emas tetap menghasilkan wang tunai yang tinggi mengikut kenaikan harga semasa.

6. Mahal tetap dibeli. Pendita telah memanipulasi emas milik Pendita dengan memanipulasi kenaikan harga emas dalam tempoh sehari. Bagaimana caranya?

Pendita mempunyai stok emas 20 gram berharga RM2824 sebanyak 20pc (RM56,480.00) dibeli pada bulan Julai 2010. Pada 31/12/2010 Pendita telah membuat lelongan emas milik pendita pada harga RM3100.00 ketika harga emas berada pada paras RM3200.00.

Pendita telah mendapat keuntungan RM5520.00(RM276.00/pc). Apa yang penting. Keuntungan dan kos pokok, Pendita pisahkan seperti berikut:

a. Pembelian semula emas secara buyback.

kos pokok =RM56,480.00(RM2824.00 X 20pc)

Buat belian semula emas 20 gram secara buyback dengan harga RM3000.00/pc, Pendita dapat stok baru sebanyak 18pc dan berbaki RM480. Ini bermakna jual seketul dua emas milik kita tetap meninggalkan kos asal pelaburan emas pada bulan Julai 2010.

b. Pembelian rantai emas 999 GCP(Tambah Stok Emas Lain)

Keuntungan =RM5520.00(RM276.00 x 20pc) + RM480.00 =RM6000.00. Dengan wang RM6000 pendita telah belikan Rantai tangan 999 GCP sebanyak 140g pada harga RM144.00 dengan formula 30 - 70.

Setelah membandingkan hasil belian pertama dan kedua, tidak merugikan kerana gram emas Pendita bertambah dari 400g menjadi 500gram (360g Public Gold) +(140g emas GCP) dengan mengikut harga jualan semasa pada 18/1/2010 (RM155/g Public Gold), (RM157/g emas GCP) RM166.00 (kedai emas cina).

7. Modal pelaburan paling mudah just sediakan 30%, 70% lagi dibantu dengan wang pusingan modal syarikat seperti GCP. Tahniah kepada GCP, anda telah mempermudahkan kami memiliki emas milik anda dengan harga yang saangat rendah berbanding hanga jualan. Ingatkan omong kosong, tetapi benar belaka. Sejak menceburi bidang perniagaan menjual peralatan sekolah sejak tahun 1995, semua barang yang ditempah perlu dibayar 50% dan bila barang sampai bayar 50% bakinya. Dahlah komisen ciput market pun lembab. Dengan emas walaupun lembab, barang tidak terjual harga emas tetap naik.

8. Arrahnu sebagai stor termurah dan tempat simpanan paling selamat. Betul ke? Benar belaka, telah Pendita praktikkan simpanan cara ini terhadap setiap pembelian rantai emas GCP menggunakan kaedah 30%-70%.

Sebagai contoh pembelian pada tarikh 27/12/2010 sebanyak 240g telah terjual dengan pantas dalam seminggu. So simpanan yang pendita buat dalam arrahnu tidak sampai 2 minggu, barang GCP telah terjual dengan cara cash n carry dalam tempoh 24 jam. Bayar tunai hari ini, esok keluar emas dari arrahnu dan terus serah kepada cust.

Dalam kes ini, kita kena memasang niat beli emas untuk menjual emas pada harga semasa yang tinggi. So sedikan payung sebelum hujan iaitu sebelum beli emas untuk bis kena sediakan plan pemasaran yang berkesan.

9. Emas mengekalkan pemilikan sejumlah wang fiat yang ingin dileburkan. Jika kita ada RM100,000.00 jika kita membeli kereta Vios sudah pasti kita hanya memiliki sebuah kereta. Ditambah kos maintainance, minyak dan aksesori yang mahal. 5 tahun akan berlaku banyak kecacatan pada kenderaan dan dalam tempoh 15 tahun kereta akan diistiharkan sebagai scrap. Tiada syarikat insuran akan menginsurankan kereta anda dengan perlindungan First Party. So liabiliti lebih mengawal hidup kita.

Tetapi jika melaburkan RM100,000.00 dalam pelaburan emas, nilai tunai kita akan kekal dan bertambah tambah dari semasa ke semasa.Pajakan emas akan membantu kita mendapatkan barangan yang kita idam-idamkan. Senang kata ada emas semua boleh buat, wang selamat, bertambah dan dapat membeli apa yang kita idamkan.

10. Mengenal produk emas. Terus terang sebelum ini memang Pendita sangat anti dengan emas. Kalau gelang orang rumah menyentuh kulit tangan Pendita habis kena penepis. Tetapi sejak mengenali emas, segalanya berubah.

Kajian melalui bacaan ilmiah mendekatkan diri Pendita pada emas. Bukan kerana tamak tetapi kerana keunikkannya. Senang kata ia merupakan penyimpan tenaga paling lama dan tahan panas untuk peralatan elektronik, melicinkan dan anti penuaan untuk wajah(kosmetik), membetulkan aura negatif pada tubuh kepada tenaga positif, lambang kekayaan, lambang kejayaan, lambang kekuasaan dan pelbagai lagi kelebihannya.

Kemilauannya jika kita lihat dalam tempat yang sunyi dan gelap, peh auranya memang sangat dasyat. Pegang ajer, menyebabkan kita tidak dapay tidur malam. Pasti akan terfikir bagaimana mahu mendapatkan emas yang dealer PG atau GCP jual.

Kemudian kita mempelajari pula kasta-kasta emas, bermula dengan emas 24k (999,9) emas 23k(22.80), 22k (emas 916) . Mengapa pula emas terkelompok dalam kasta-kastanya(jgn marah ini ayat Pendita). Ada benda asing dicampurkan di dalamnya sebagai penguat struktur bahan tersebut.

ArRahnu yang selama ini tidak mendapat perhatian Pendita, sekelip mata menjadi tumpuan Pendita. Tempat paling selamat dan mudah mendapatkan modal perniagaan melalui pinjaman bersandarkan emas. memang selamat just hanya bayar upah simpanan dan wang pinjaman. Tidaklah kita dikenakan penalti bayar lewat dan tambahan bayaran keuntungan seperti perbelanjaan kredit kad.

Mengisi masa lawatan dengan menilai harga dan kualiti emas. Memang selalu Pendita praktikkan untuk melihat sendiri emas kualiti yang sama milik kita dengan harga semasa disesuatu tempat. So membuat perbandingan kualiti dan harga emas semasa merupakan satu cara kita berfikiran kritis. Terbaru Pendita telah ke keda--kedai Pasar Payang Terengganu yang ngetop dikunjungi oleh pelancong. Biasanya harga emas tempatan dipengaruhi market emas di sini. Alhamdulillah banyak ilmu emas baru Pendita telah pelajari.

Beli pada harga murah, jual pada harga mahal. Yang penting kita dapat membeli emas pada harga paling rendah dan menjualnya pada harga tinggi dikemudian hari. Tentu ada ibu-ibu anda bercerita semasa mahu pergi haji pada tahun lepas seutas rantai emas 100g milik mereka melebihi RM7000.00 bila dijual. Dan harga emas dipajak berada pada paras harga tertinggi setelah mereka meninggalkan tanahair sebulan untuk mengerjakan haji di tanah suci.

Rekabentuk mengikut budaya kaum. Memang menarik, bukan sahaja harga mengikut gram, keunikan rekacipta juga akan mempengaruhi harga emas anda bila dijual. Dalam kes ini jika mahu membuat tempahan kepada tukang emas pastikan anda menetapkan gram dalam barang kemas anda dan sila buat ujian semula dari segi berat dan kualiti emas anda. Jika emas 916 betul-betul kualiti dibuat 916 dengan berat yang sama. Seelok-eloknya emas diuji depan mata anda sebelum meninggalkan kedai emas yang anda buat tempahan.

No comments: