Betul ke Ringgit menokok berbanding dengan Dollar? Jawapannya memang benar, jika sehingga Disember 2010 nilai Ringgit RM3.20 berbanding sedolar, kini masuk ke tahun baru Ringgit menjadi mahal sedikit iaitu berada pada RM3.053 berbanding 1 dolar walaupun pada Jumaat lepas ringgit Malaysia berada pada RM3.058 jika diambil pada kedudukan 2 titik perpuluhan nilai ringgit masih sama.
Ringgit Malaysia Diukur Pada 22/1/2011
Perubahan ini menyebabkan harga emas di Malaysia menjadi lebih rendah menyusut sebanyak 6% bagi setiap ringgit berbanding dollar. Selain itu pelabur-pelabur luar mula menampakkan minat dan keseronokan untuk masuk melabur semula ke dalam negara. Semuanya kerana Impak dari kenaikan Ringgit berbanding dollar.
Walau bagaimanapun, kita semua kena celik fikiran, hati dan perasaan bahawa kesan langsung dari kenaikan Ringgit jika tidak ditambat dikhuatiri akan berlaku semula serangan mata wang Ringgit pada tahun ini. Adakah Ringgit mencapai sasaran nilai RM2.60 berbanding USD1 seperti sebelum krisis ekonomi global 1998? Kita saksikan bersama-sama.
Sehubungan dengan itu, jika ada yang menyarankan kita membeli saham, mata wang asing selain USD, Pendita menyokong langkah yang diambil oleh pelabur-pelabur jenis ini. Saham-saham yang merudum dan dipinggirkan sudah mula menampakkan sinarnya.
Walaupun hanya 2 atau 3 sen naik ia sudah dikira untung jika dibeli secara bundle lot. Ini bermakna pelabur perlu bertindak aktif dan proaktif untuk memantau pergerakan harga harian. kalau boleh keuntungan pelaburan saham dan mata wang dipindahkan ke dalam emas fizikal. Belian emas terkini dengan harga yang sama akan mendapat tambahan gram baru.
Selain itu, kenaikan nilai wang juga membolehkan permintaan terhadap barang keperluan asas meningkat mendadak. Jika penawaran tidak menyertai dan kenaikan harga barangan tersebut tidak dikawal, ini akan menyusahkan kehidupan harian kita.. Sebagai contoh krisis kenaikan minyak masak, bawang, minyak petrol nampak telah selesai tetapi akan berlarutan jika tidak dipantau bekalannya. Walhal semua barang terlibat dikeluarkan negara sendiri.
Walau apa keadaan sekalipun, kita kena selalu berhati-hati disebabkan ekonomi semasa tidak menentu. Kebanyakan negara didunia ketika ini mengalami pelbagai krisis yang berbeza. Ada yang mengalami krisis bencana alam, krisis kemanusiaan, krisis politik dan krisis peperangan yang tidak berkesudahan yang perlu ditangani seperti menarik rambut dalam tepung tidak akan berserakan.
Terbaru, Selatan Thailand seolah-olah perang saudara bakal tercetus lagi. Sekumpulan penduduk Selatan telah menembak mati tentera Thailand yang memantau keselamatan di Selatan. Di Iraq, pengebom berani mati masih tetap melakukan aktiviti mereka kerana masalah politik dan kemanusiaan domestik.

No comments:
Post a Comment